MISTERI kehilangan Caprice daripada media sosial akhirnya terjawab apabila akaun Instagram penyanyi rap itu rupa-rupanya digantung penyedia platform berkenaan. Berkongsi mengenai hal itu kepada mStar, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata perkongsian sebuah video di Instagram pada 4 Oktober lalu dikatakan mengandungi unsur buli atau gangguan. "Akaun kena suspended sebab last video kena report banyak kali.ARTIKEL BERKAITAN: Caprice kesunyian... sambut ‘birthday’ seorang diri - “Saya tidak pernah rasa loneliness seperti ini”ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “See you soon Malaysia... korang nak kirim apa-apa tak?” - Kerajaan dah bertukar, Caprice sempat buat lagu sebelum pulang "InsyaAllah minggu ni dapat post balik," katanya kepada mStar. Terdahulu mStar menghubungi Caprice bagi mendapatkan kepastian tentang kehilangannya di Instagram yang sebelum ini aktif menggunakan platform berkenaan bagi berkongsi pendapat tentang isu-isu semasa. Antara konten Caprice yang disekat dan dipadam. Melalui tinjauan mStar, kali terakhir Caprice berkongsi video ulasan adalah pada 8 Oktober lalu dengan menyentuh mengenai isu gangguan seksual oleh rakan sekerja. Sehari sebelum ini iaitu pada 7 Oktober Caprice turut mengulas mengenai isu sama namun menggunakan berita membabitkan seorang lelaki beruniform tentera menghisap jari jurujual wanita. Sementara itu berkongsi lanjut tentang larangan kandungan sensitif di Instagram, Caprice turut berkongsi paparan skrin mesej peringatan kemungkinan akaunnya akan dipadam jika terus melanggar garis panduan komuniti daripada pengendali platform tersebut. Akaun kena suspended sebab last video kena report banyak kali. CAPRICE PENYAYI RAP Daripada paparan skrin yang dikongsikan itu, Instagram bertindak memadam lima posting bertarikh antara 2 Ogos hingga 4 Oktober lalu. Dalam perkembangan lain, Caprice masih belum menetapkan tarikh terkini untuk melancarkan single rap terbaharunya, Tiger of Al Quds yang sepatutnya diadakan pada 21 Oktober lalu. Lagu dan muzik video Tiger of Al Quds dirakamkan di Jordan dan Mesir ketika dia cuba untuk memasuki Palestin demi melunaskan misi kemanusiaannya di Palestin. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!