suria

Maria Tunku Sabri berjaya rayu keluar PKRC, janji sambung baki kuarantin di rumah - “Saya ada pengalaman duduk di Maeps”

Maria Tunku Sabri merasi sendiri pengalaman kuarantin di Maeps, Serdang.

SELEPAS sembilan hari ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), pengacara terkenal Maria Tunku Sabri akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.

Menerusi mesej di aplikasi WhatsApp kepada mStar, Maria, 51, berkata dia keluar daripada Maeps pada Khamis selepas merayu kepada doktor yang merawat supaya membenarkannya pulang menghabiskan tempoh kuarantin di rumah.

"Saya nak beritahu kepada semua yang saya dah balik rumah. Alhamdulillah berkat doa saudara, sahabat dan anda semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Persenda kes bunuh dengan nama resipi, Maria Tunku Sabri tahu batas bergurau - “Sekarang dah 2021, saya harap orang lebih terbuka fikirannya”

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice akhirnya munculkan diri, tidak ‘hilang’ tapi akaun Instagram disekat gara-gara ulas isu gangguan seksual

"Saya merayu kepada doktor nak balik juga sebab saya kata saya boleh jaga diri sendiri apabila pulang ke rumah.

"Doktor pun pesan supaya saya terus jaga diri," katanya kepada mStar.

Maria ditempatkan di Maeps sejak 19 Oktober lalu selepas dijangkiti varian Delta Covid-19.

Menurut Maria dia memilih untuk menjalani kuarantin di sana bagi melihat sendiri keadaan di PKRC itu.

"Saya sendiri yang pilih nak kuarantin kat Maeps, bukan sebab tak mampu nak duduk hospital swasta kat luar.

Bagi saya biar la saya ada pengalaman duduk di Maeps macam orang lain rasa.

MARIA TUNKU SABRI

PENGACARA

"Bagi saya biar la saya ada pengalaman duduk di Maeps macam orang lain rasa.

"Suami saya tanya taknak ke pindah private hospital. Sebenarnya apabila dah kena Covid-19 ni saya terus muhasabah diri, saya yakin ada sebab Allah bagi ujian pada saya," katanya.

Dalam pada itu Maria juga menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP dan sentiasa memakai pelitup muka.

maria3

Maria Tunku Sabri muhasabah diri ketika dimasukkan di PKRC Maeps, Serdang.

"Saya dijangkiti Covid-19 varian delta. Kalau keluar jangan ambil mudah, jangan lupa pakai pelitup muka.

"Kita tak tahu orang sekeliling kita ni telus atau tidak dengan kita. Ada yang positif stage 1 tapi still nak keluar juga.

"Itu yg buat kita dapat Covid, jangan mudah percaya dengan orang sekeliling kita, itu pengalaman saya la," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain