suria

Ai Wahida nikah Isnin dengan jejaka TikTok, sedia tinggalkan dunia hiburan - “Saya nak fokus jadi suri rumah sepenuh masa”

Ai Wahida bakal mendirikan rumah tangga esok.

SELEPAS setahun menyimpan rahsia tentang kisah percintaan, penyanyi Ai Wahida akhirnya bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Muhammad Syafiq pada Isnin.

Berkongsi tentang perancangan hari bahagianya itu, Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan, 23, berkata, jejaka berkenaan dikenalinya menerusi aplikasi TikTok sejak setahun yang lalu.

"Alhamdulillah seperti yang dirancang, saya akan bernikah dengan Syafiq pada esok, 1 November.

ARTIKEL BERKAITAN: Ai Wahida tanggung derita disihir kawan sendiri - “Keluar cecair seperti muntah darah dan beberapa bilah jarum serta paku”

ARTIKEL BERKAITAN: Ai Wahida cerita diberi petunjuk ketika tidur, wajah penghantar sihir muncul dalam mimpi!

"Wawa kenal dengan bakal suami ni di TikTok tahun lepas. Selepas kira-kira dua bulan berkenalan kami terus buat keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya.

"Sebenarnya kami sudah bertunang pada 10 Oktober tahun lepas," katanya kepada mStar.

Ai wahida1

Ai Wahida bakal mendirikan berumah tangga esok.

Ujar Wahida atau mesra disapa Wawa, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Pejabat Agama Johor Bahru, Johor pada pukul 9 pagi, Isnin.

Majlis ringkas itu nanti hanya akan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

"Sekarang ni tengah sibuk sikit buat persediaan nak masak dan sediakan juadah untuk esok.

"Jemputan tak ramai pun, hanya keluarga kedua-dua pihak serta kenalan rapat, buat close event sahaja.

"Kita tak mahu buat besar-besaran cukup hanya buat yang wajib iaitu akad sahaja," katanya.

Dia sangat supportive dengan apa je yang Wawa buat sebab saya dalam proses nak berhijrah, nak ubah penampilan.

AI WAHIDA

PENYANYI

Mengenali sifat peribadi pasangannya Muhammad Syafiq, 26, Wahida berkata dia seorang yang cukup memahami dan sentiasa menyokong apa jua yang dilakukannya.

"Dia sangat supportive dengan apa je yang Wawa buat sebab saya dalam proses nak berhijrah, nak ubah penampilan.

"Kalau ada orang kecam dia yang selalu support. Dia terima baik buruk Wawa ni walaupun saya ni baru nak mendalami agama," katanya.

Dalam pada itu, Wahida juga memaklumkan dia akan mengundurkan diri daripada dunia hiburan dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa.

Tambahnya, kontraknya bersama syarikat rakaman Rusa Music juga sudah berakhir dan ingin fokus kepada kehidupan berumah tangga.

"Saya nak maklumkan mungkin lepas ni saya tidak akan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

"Nampaknya macam tu la... sebab saya nak fokus dengan rumah tangga yang bakal dibina.

"Saya mempersiapkan diri untuk menjadi suri rumah sepenuh masa," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain