BELUM sempat single pertama diperdengarkan kepada umum, usahawan yang kini bergelar penyanyi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli sudah memasang angan-angan untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Ujar Iqbal, 27, taruhannya menerusi lagu Hujan selain paduan vokal yang baik mampu untuk bersaing di pentas berprestij itu. "Sekiranya ada rezeki untuk ke AJL saya okay je. Tidak la rasa tergugat sangat sebab suara saya ketika menyanyi live dan rakaman tak jauh beza pun. ARTIKEL BERKAITAN: Get ready! Iqbal lancar lagu ‘Hujan’ esok, Eric Floor 88 puji vokal unik - “Ton sedap, suara dia garau” ARTIKEL BERKAITAN: Bukan propa, Iqbal nak ‘parking’ kereta mewah RM1 juta depan muka Michael Ang - “Ini punca saya terpaksa tunjuk semua!” "Tapi semestinya kena ada persediaan yang rapi, saya perlu lebih banyak latihan kalau ada rezeki ke AJL nanti. Poster single pertama Iqbal. "Saya sedar diri dan saya tidak la mahu berlagak, tapi kalau ada rezeki ke AJL apa salahnya. Namun saya tetap hormat orang lama dan akui saya masih belajar," katanya kepada mStar. Video muzik (MV) lagu Hujan ciptaan Eriq Fuzi daripada kumpulan Floor 88 bakal dilancarkan menerusi saluran YouTube Rusa Music pada petang Isnin. Idea menghasilkan lagu yang mengisahkan tentang perjalanan kisah peribadinya itu muncul selepas hubungan cintanya bersama jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berakhir dengan perpisahan. Netizen boleh nilai sendiri sama ada ini adalah marketing produk saya atau tidak. AHMAD IQBAL ZULKEFLI USAHAWAN/ PENYANYI Bercerita lanjut tentang debut pertamanya itu, Iqbal akui berdebar-debar menanti reaksi orang ramai. Namun katanya dia berpuas hati dengan hasil dan pencapaiannya setakat ini. "Perasaan berdebar bercampur dengan teruja. Banyak persoalan timbul dalam fikiran saya... risau jika ada cemuhan dan makian. "Perkara ini baru bagi saya, saya tak tahu apa komen dan reaksi orang industri terhadap saya. View this post on Instagram A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli) "Kadang-kadang pula saya rasa nak balas dendam, nak buktikan saya boleh buat yang terbaik dan bukan drama semata-mata," katanya lagi. Tambah Iqbal dia berharap pendengar memberi peluang untuknya menghiasi dunia seni dengan bakatnya selain mahu menjadikan lagu ini sebagai coretan perjalanan hidupnya. Terang Iqbal, pemilihan judul lagu tersebut juga memberikan gambaran tentang apa yang pernah dialaminya suatu ketika dulu. "Lagu ni berdasarkan pengalaman hidup saya. Saya pernah dihalau diberhentikan kerja pada waktu hujan. Saya di buang tanpa pertimbangan. "Netizen boleh nilai sendiri sama ada ini adalah marketing produk saya atau tidak," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!