suria

Pertama kali jadi hos, Naim Daniel akui susah bekerja dengan Danial Zaini - “Susah untuk tak gelak.. dia sangat happy go lucky”

Naim seronok bergandingan bersama Danial Zaini dalam Suara Viral 2.0.

KALI pertama mengalas tanggungjawab sebagai hos menerusi program realiti televisyen Suara Viral 2.0, penyanyi Naim Daniel mengakui berasa teruja dan bersemangat untuk mencabar kemampuannya.

Menurut Naim, 24, pengalaman dan kepercayaan yang diberikan itu merupakan peluang terbaik untuk dirinya menerokai bidang baharu.

"Ini penampilan saya sebagai hos buat kali pertama mengendalikan program besar macam ini, sebelum ini tak pernah diberi secara official, saya anggap ini satu peluang yang sangat baik.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Suara Viral 2.0’ tukar format untuk kekal relevan... tidak hanya beri peluang kepada individu berkerjaya

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau sempat akak nak AJL” - Naim Daniel simpan rakaman ‘full demo’ Siti Sarah, terpulang kepada Shuib nak ‘release’ atau tak

"Saya percaya seni bukan hanya satu benda, di mana kita mampu nak menerokai dan ada keinginan nak mencuba lebih, jadi kita teruskan.

"Saya memegang semangat ramai anak seni... saya mengidolakan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Sudirman, di mana mereka berdua bukan terikat dengan satu cabang kerja seni tetapi mencuba pelbagai bidang seni lain," katanya kepada mStar.

naim daniel cover

Naim mahu cuba pelbagai cabang seni.

Naim ditemui semasa sidang media Suara Viral 2.0 yang diadakan secara maya, pada Rabu.

Mengakui seronok mengacarakan Suara Viral 2.0 bersama Danial Zaini, Naim berkata dia menemui keserasian mengendalikan program itu bersama pelawak berkenaan.

Kami berdua memang tak duduk diam, sentiasa berbincang untuk buat sesuatu!

NAIM DANIEL

PENGACARA SUARA VIRAL 2.0

"Bekerja dengan Danial susah gila... susah untuk tak gelak sebab dia sangat-sangat happy go lucky. Saya senang bekerja dengan orang yang happy, dia banyak bagi input dan mudah berkomunikasi.

"Semasa rakaman minggu pertama agak kekok dan canggung tetapi selepas dah selesa dengan semua orang dan suasana set barulah ada lebih keberanian.

naim daniel 2

Naim bersedia terima lebih banyak tawaran mengacara.

"Kami berdua memang tak duduk diam, sentiasa berbincang untuk buat sesuatu. Saya mahu kelihatan santai-santai dan tak terlalu formal, apa-apa pun harapan saya semua orang termasuk juri, peserta dan penonton terhibur dengan program itu," ujarnya.

Ditanya kesediaannya menerima lebih banyak tawaran mengacara, penyanyi lagu Sumpah ini berkata dia sentiasa terbuka mencuba pelbagai cabang seni.

"Pertama kali ini pun saya tak sangka tapi saya cuba sesuaikan diri dan terus belajar... kita belajar daripada orang berpengalaman dan tengok cara mereka.

"Saya pun mahu datangkan diri saya dengan pakej nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada masa akan datang... InsyaAllah lepas ni saya terbuka sahaja jika ada tawaran lain mendatang," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain