suria

Adam AF kini Pengiran Adam... kembali cari pasangan hidup selepas enam tahun menduda

Adam akui tidak serik untuk berkahwin walaupun enam tahun bergelar duda.

ENAM tahun bergelar duda, penyanyi Adam akui tidak pernah menutup pintu hati atau serik untuk mencari pasangan hidup.

Adam,38, yang kini mahu dikenali sebagai Pengiran Adam berkata, dia kini sudah bersedia untuk bergelar suami dan menyerahkan soal jodoh itu kepada ketentuan Allah SWT.

"Tak ada istilah serik, kalau ada jodoh esok pun saya boleh kahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam akui hidupnya sunyi selepas menduda

ARTIKEL BARKAITAN: Fiza Halim cerai kali ketiga melalui Whatsapp, reda jodoh tak panjang - “Harap jangan dihina saya lagi”

"Tapi tengoklah dari 2016 saya masih duda sampai sekarang masih tengah mencari. Memang tak ada serik, jodoh ajal maut di tangan Allah," katanya kepada mStar.

Ujar Adam, dia pernah berkenalan dengan seorang wanita namun cinta tersebut putus di tengah jalan.

adam2

Adam akui tak serik untuk berkahwin selepas gagal dalam perkahwinan lepas.

"Sebelum ini saya ada berkawan dengan orang lain yang saya berkenan... tapi tak jadi.

"Ada yang saya minat tapi dia pula tak minat dengan saya, nak buat macam mana kena jujur je la.

Adam ​​ ditemui pada majlis pelancaran program realiti TV AlHijrah pada Isnin yang diadakan di sebuah restoran di Oakwood Hotel.

Sementara itu, mengulas tentang hubungan dengan bekas isterinya iaitu Fiza Halim, Adam berkata mereka masih mengekalkan hubungan baik.

Tak ada istilah serik, saya kalau ada jodoh esok pun boleh kahwin

ADAM

PENYANYI

"Saya masih berhubung dengan bekas isteri yang mana kami saling bertanya khabar.

"Cuma ketika dia berkahwin itu, kami berhenti berkomunikasi kerana tidak manis memandangkan dia sudah menjadi isteri orang.

"Ada sesekali komunikasi, kami akan berkongsi rasa dan bertanya khabar. Malah, anak dia pun pernah menjadi anak saya juga suatu ketika dahulu," ujarnya.

IMG_1724

Adam berkahwin dengan Fiza pada September 2013 dan bercerai pada April 2014.

Sementara itu, mengulas tentang nama baharu Pengiran Adam, katanya, dia mahu memulakan sesuatu yang baharu dan segar dalam industri seni.

"Bagi saya Adam sudah tiada dalam industri seni, saya mahu sesuatu baharu dan fresh. Oleh itu saya kini mahu gunakan nama dan keturunan keluarga saya" ujarnya pemilik nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman.

Untuk rekod, Adam berkahwin dengan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 39, pada September 2013 dan bercerai pada April 2014.

Namun rujuk pada tahun yang sama kemudian pada 28 Disember 2015, pasangan ini bercerai kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain