suria

Dua tahun Karl Shafek berdepan depresi, masih dapatkan rawatan pakar

Karl maklumkan keadaan kesihatan mentalnya semakin pulih.

DARI luaran nampak normal, namun sebenarnya sudah hampir dua tahun pengacara Karl Shafek berdepan masalah depresi hingga perlu mendapatkan rawatan pakar.

Menurut Karl atau nama sebenar Khairul Shafek Ibrahim, 41, sepanjang tempoh mencabar itu dia pernah melakukan pelbagai tindakan di luar kawalan yang boleh membahayakan dirinya.

"Saya seperti mahu mengakhiri rasa sakit. Saya hilang kawalan... pernah memandu kereta tanpa sedar dan menyimbah petrol pada badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Karl Shafek sakit lagi, mata kiri bernanah... nampak macam ada semut merayap - “Penat, tak payah la cari-cari aku lagi!”

ARTIKEL BERKAITAN: Karl Shafek berkebun, melukis rawat kemurungan semasa ‘lockdown’ - “Saya tak boleh tengok news bunuh diri atau orang susah”

"Ketika itu tiada sesiapa pun yang tahu melainkan keluarga dan teman rapat. Sehinggalah doktor yang merawat saya memberikan lampu hijau, baru saya berani bercerita dengan orang ramai.

"Alhamdulillah, kalau nak ikutkan keadaan saya semakin pulih. Walaupun saya masih perlu makan ubat sejak mengalami masalah berkenaan sekitar dua tahun lalu, namun saya tidak pernah alami insiden-insiden pelik seperti dulu," katanya kepada mStar.

karl 2

Karl Shafek akui depresi benar-benar menguji dirinya untuk terus bertahan dan kuat.

Karl ditemui semasa acara pertunjukan fesyen Neonate Clothing di Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW) yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam acara tersebut, Karl yang juga merupakan pereka dan pemilik Neonate mempersembahkan sebanyak 30 rekaan koleksi Noir yang turut disokong oleh Kamya Glow.

Saya masih lagi mengikuti sesi kaunseling yang telah ditetapkan oleh pihak hospital!

KARL SHAFEK

PENGACARA/ USAHAWAN

Karl sebelum ini mendedahkan dia disahkan menghidap penyakit kemurungan sejak tahun 2019.

Bagi memastikan kesihatan mentalnya berada dalam keadaan baik, Karl masih mengikuti kaunseling berkala dan sentiasa berfikiran positif.

karl 3

Karl (baju putih, barisan depan) fokus mengusahakan perniagaan pakaian jenama Neonate.

"Saya masih lagi mengikuti sesi kaunseling yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Saya berasa gembira kerana telah nampak perubahan pada diri sendiri.

"Alhamdulillah sekarang ini semakin baik, saya sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti di rumah termasuklah sibuk menguruskan perniagaan baju ini... apa-apa pun, saya turut mendoakan dan berharap mereka yang struggle macam saya pun akan pulih nanti," ujarnya.

Bercakap mengenai koleksi baharu Neonate Clothing, Karl memberitahu dia mengambil inspirasi rekaan daripada pengalamannya berperang dengan kesihatan mental dan kepayahan yang dilalui oleh rakyat Malaysia sewaktu negara berdepan pandemik Covid-19.

"Selalunya, koleksi Neonate menampilkan warna-warna terang, namun disebabkan mengambil inspirasi daripada hal-hal yang muram kami bercadang untuk menampilkan warna-warna gelap untuk koleksi kali ini.

"Saya harap agar setiap mesej yang ingin saya sampaikan melalui koleksi ini dapat diterima oleh penggemar fesyen di luar sana," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain