suria

[VIDEO] “Buang masa bodohkan orang” - Cat Farish ‘sound’ Zarol Zarif, bengang kena prank untuk ‘content’ YouTube

Cat berang dengan sikap Zarol tidak serius ketika bekerja.

SIKAP YouTuber dan penyanyi Zarol Zarif yang tidak serius ketika sesi rakaman di studio menimbulkan kemarahan penyanyi rap Cat Farish.

Bertambah berang apabila Zarol menjadikan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli sebagai bahan 'content' untuk saluran YouTube miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Cat Farish selamat bernikah lagi - “Inilah isteri abang, ada siapa-siapa berani kacau?”

"Saya ini bila bekerja memang serius dan tak suka main-main yang membuang masa. Bukanlah bermaksud tak boleh bergurau langsung waktu kerja.

"Ada masa kita bergurau dan main-main tapi bila waktu betul-betul kerja itu kenalah serius. Dia datang studio ikut masa yang dah ditetapkan itu dah bagus dah.

"Tapi bila nak mula buat rakaman itu, dia boleh pula nak create content prank saya untuk saluran YouTube dia tanpa pengetahuan saya.

"Sepatutnya bila dah masuk studio untuk bekerja bukan nak buang masa saya dengan content prank!" kata kepada mStar.

Bukan dia saja, tapi ada juga sesetengah YouTuber yang suka buat hal juga,

CAT FARISH

PENYANYI RAP

Cat menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) pada malam Isnin meluahkan rasa berang terhadap seorang YouTuber yang datang studio hanya untuk membuang masanya.

Tanpa menyebut nama individu tersebut, ahli kumpulan Ruffedge menasihati YouTuber yang juga penyanyi itu menghormati masa orang lain.

Dalam pada itu, Cat turut memberi nasihat kepada Zarol dan juga pendatang baharu yang ingin mengejar populariti tanpa memikirkan perasaan orang lain.

zarol2

Zarol yang juga seorang YouTuber diminta lebih serius jika ingin berada dalam industri seni.

"Bukan dia saja, tapi ada juga sesetengah YouTuber yang suka buat hal juga, Tak payah la nak tunjuk sangat kehebatan dia dekat YouTube tu.

"Nasihat saya untuk dia dan pendatang baharu ini, janganlah terlalu mengejar sangat content untuk kepentingan sendiri sehingga tak sedar menggores hati orang.

"Buat sesuatu perkara yang sampai tak kisah tentang perasaan orang lain... macam perbodohkan dan membuang masa orang," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain