PROGRAM realiti nyanyian popular Gegar Vaganza kembali lagi untuk musim kelapan dengan menampilkan 13 peserta mewakili tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dengan tag line Bintang Kembali Menyengat, GV8 bakal menyaksikan enam penyanyi solo lelaki iaitu Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura). ARTIKEL BERKAITAN: Cliff Umar juara Gegar Vaganza 7, bawa pulang RM100,000 ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris, Ayu Damit dan Mus May antara 14 peserta 'Gegar Vaganza 7' Manakala, peserta wanita terdiri daripada penyanyi Adibah Noor, Ani Mayuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia). Musim ini turut dimeriahkan dengan penampilan Saiful Apek & Yassin dan Nico sebagai peserta berkumpulan yang bakal memberi saingan kepada peserta lain. Senarai itu diumumkan pihak Astro menerusi sidang media di The Summit 1, Bangsar South City, pada Selasa. Inilah 13 peserta yang bakal bertanding di pentas Gegar Vaganza musim kelapan. Sementara itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad memberitahu populariti dan kredibiliti jenama GV kini semakin matang. Katanya, matlamat utama Astro adalah untuk menyediakan platform penjenamaan semula bagi para penghibur berpengalaman yang pernah merasai era kegemilangan. "Persaingan 13 bintang dari tiga negara serumpun antara tarikan utama GV8 pada kali ini. Selain itu kami juga melantik tiga juri tetap yang memiliki reputasi luar biasa dan cukup disegani. "Ketiga-tiga mereka akan turut ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap minggu yang menjadikan proses penjurian musim ini lebih sukar dan mencabar," ujarnya. Persaingan 13 bintang dari tiga negara serumpun antara tarikan utama GV8 pada kali ini. RAQIM AHMAD Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro Konsert GV8 akan bersiaran setiap Ahad, selama 10 minggu bermula 21 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) pada Ahad, 9 malam. GV7 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos manakala Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap disamping Datuk Ramli MS dan Ibu Hetty. Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga. Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV8). Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI