TIGA tahun mengubat hati yang terluka akibat perceraian, penyampai radio terkenal iaitu Haniff Hamzah berkata, dia kini sudah mampu mengatasi trauma yang dialaminya. Haniff berkata, selepas menjalani dua kali sesi kaunseling bersama doktor pakar, segala beban yang terbuku di hati akhirnya pulih. ARTIKEL BERKAITAN: Status rumah tangga, Haniff Hamzah akan jelaskan bila tiba masa sesuai, enggan anak-anak terkesan “Semua orang yang melalui episod perceraian tidak terlepas melalui fasa trauma. Namun, bagaimana dia ‘layan’ trauma itu adalah hak dia. Sejujurnya saya dah habis layan trauma yang saya lalui. Haniff bersama dua orang anaknya. "Saya ada berjumpa dengan doktor pakar dan mendapatkan rawatan sebanyak dua sesi di klinik berbeza. Saya sering memendam rasa, jadi atas nasihat rakan terdekat meminta saya meluahkan kepada individu yang tidak dikenali. "Saya tak sangka selepas menceritakan segala yang terbuku di hati akhirnya saya berasa lega dan boleh 'move on'. "Saya juga nak cadangkan kepada pasangan yang ada masalah rumah tangga untuk mendapatkan rawatan kaunseling kerana ia sangat membantu,” katanya kepada mStar. Semua orang yang melalui episod perceraian tidak terlepas melalui fasa trauma. HANIFF HAMZAH PENYAMPAI RADIO Haniff yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu mengulas mengenai isu tersebut ketika ditemui pada majlis pengumuman pelakon Dynas Mokhtar sebagai rakan kerjasama Black G Nutrima dan Shopee di Petaling Jaya. Dalam pada itu, Haniff memberitahu tiga tahun bergelar duda dia masih belum terfikir untuk mencari peneman hidup sebaliknya dia ingin mengukuhkan kewangan dirinya terlebih dahulu. "Buat masa sekarang saya belum fikir lagi untuk mencari pasangan hidup. Ada banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan. Haniff belum terfikir mencari peneman hidup. "Antaranya saya perlu kukuhkan kewangan terlebih dahulu. Selepas itu mungkin baru saya akan fikirkan soal itu," ujarnya. Untuk rekod, Haniff berkahwin dengan Wan Katherina pada 12 Jun 2010 dan bercerai tiga tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki, Tuah Kaliff, 8, dan Jebat Kaliff, 7. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!