suria

Kerjaya nyanyian tak menjadi... Pereka fesyen Ezuwan Ismail disangka dah ‘gulung tikar’ gara-gara ceburi bisnes jual karipap

Ezuwan (tengah) bersama kumpulannya E1 Band.

BAGAI jatuh ditimpa tangga apabila kerjaya nyanyian tidak menjadi, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail turut bergelut dalam bidang perniagaannya yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ezuwan mengakui jualan baju rekaannya di atas talian juga tidak mendapat sambutan biarpun sudah memberikan harga promosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil bersama trio E1, Ezuwan Ismail tetap teruskan bidang fesyen

Bukan itu sahaja, pereka fesyen kelahiran Kelantan ini juga tidak menerima sebarang tempahan untuk busana pengantin sepanjang tahun ini.

Ezuwan 1

Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Sofie Louise Johansson turut mencemar duli menyaksikan pertunjukan fesyen koleksi HagiaSoultan by Ezuwan Ismail di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021.

"Pandemik yang muncul tiba-tiba tanpa diduga pernah hampir buat saya terduduk dan stres. Bayangkan operasi butik di Taman Dagang, Ampang tak boleh dibuka.

"Jualan baju online pun tak jalan. Tahun lalu masih ada yang nak membeli. Tahun ini lagi 'sakit' sebab kuasa membeli tiada walaupun diberi harga promosi.

"Jelas orang tak sanggup habiskan duit untuk tempah baju 'custom made' atau beli yang sedia pakai. Majlis kahwin pun tak boleh dibuat.

"Jadi baju kahwin pun pernah sampai tak ada permintaan langsung," kata Ezuwan kepada mStar.

Staf seramai sembilan orang di butik, saya tak buang.

EZUWAN ISMAIL

PEREKA FESYEN

Tahun lalu, Ezuwan turut berjinak-jinak dalam perniagaan makanan dengan menjual juadah di bawah jenama Mok Neko termasuk karipap mini, ketupat, murtabak dan kek coklat.

"Mahu atau tak, saya juga seperti pereka fesyen lain dan juga semua orang terpaksa cari alternatif lain untuk survival.

"Staf seramai sembilan orang di butik, saya tak buang. Tapi mereka dibayar gaji pokok saja. Realitinya, kuasa membeli makanan ada.

"Jualan aneka makanan dijual menjadi dan berterusan hingga sekarang. Yang paling laku keras ialah karipap mini.

"Lucunya apabila saya berniaga makanan ada yang sampai tahap anggap saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen," ujarnya.

Ezuwan akui kehidupan dan perniagaan terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ezuwan akui perniagaan butik terjejas.

Dalam pada itu, Ezuwan memberitahu dia sepatutnya melancarkan sebuah lagu terbaharu berjudul Lambaian Pagi Syawal namun terpaksa ditangguh sehingga tahun hadapan.

"Ikutkan tahun ini saya muncul dengan single raya solo berjudul Lambaian Pagi Syawal ciptaan S Atan dan lirik Kopratasa. Sudah rekod pun 10 Mac lalu.

"Tapi saya rasa kena tunda ke tahun hadapan. Kalau tak dipromosikan di arus perdana dan hanya untuk projek koleksi pakaian rekaan sendiri pun okey saja," katanya.

Ezuwan pernah muncul dengan projek khas nyanyian bersama E1 Band disamping Zulyasrani dan Ariff Imran menerusi lagu Semalam Sahaja dan Rindu Lebaran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain