SELEPAS seminggu kekasihnya Dini Schatzmann dimasukkan ke hospital, kali ini pelakon dan pengacara Janna Nick turut menerima nasib sama apabila disahkan menghidap penyakit vertigo atau hilang kestabilan tubuh. Bercakap kepada mStar, Dini memaklumkan Janna, 26, menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin selepas mengalami pening kepala dan muntah-muntah sejak beberapa hari lalu. "Janna dimasukkan ke hospital semalam... doktor beritahu dia mengalami simptom vertigo dan perlu dapatkan rawatan lanjut. ARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas rai kejayaan Janna Nick di ABPBH34... Dini Schatzmann masuk hospital akibat jangkitan kuman ARTIKEL BERKAITAN: Dini Schatzmann pertahan teman wanita, harap Janna Nick tak berubah - “Saya tahu awak ada kebaikan dalam hati yang jarang ditemui” "Janna baru selesai buat ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), masih tunggu keputusan... keadaan kesihatan Janna masih terkawal dan dia sedang berehat di wad. "Dia berada di hospital yang sama saya ditahan minggu lalu. Alhamdulillah saya sudah sihat daripada demam dan jangkitan kuman sebelum ini," katanya. Janna kongsi keadaan kesihatannya di Instagram. Sekadar informasi, Vertigo menyebabkan pesakit mengalami simptom seperti pening, loya, muntah, sakit kepala dan rasa tidak stabil ketika berjalan. Sebelum itu, menerusi Instagram, pemenang anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) ini berkongsi foto sedang menerima rawatan di sebuah hospital. Bila berdiri lama sikit rasa nak pitam, kepala sakit. Saya dah buat MRI test, harap tak ada apa-apa la! JANNA NICK PELAKON Kata Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, dia dimasukkan ke wad selepas mengalami muntah-muntah yang teruk dan hilang selera makan. "Makan muntah, makan muntah... tak pernah ada simptom-simptom sebegitu. Selalu kalau sakit saya tetap kuat makan, kali ini baru kenal istilah tak lalu makan. Dini yang dimasukkan ke hospital minggu lalu sudah sembuh sepenuhnya. "Bila berdiri lama sikit rasa nak pitam, kepala sakit. Saya dah buat MRI test, harap tak ada apa-apa la!" tulisnya. Pada 13 November lalu, pelakon drama Marry Me Senorita ini meraih anugerah utama di ABPBH34, sehari selepas itu kekasihnya Dini dimasukkan ke hospital kerana demam dan jangkitan kuman. Untuk rekod, Janna pernah menerima rawatan di hospital akibat jangkitan paru-paru selepas mengalami batuk selama seminggu pada tahun 2017. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!