suria

Tauke Jambu kahwin lagi? Video TikTok cetus tanda tanya, wanita bernama ‘Shu’ jadi pilihan

Video Tauke bersama seorang wanita tular di laman sosial.

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba nama pelawak Tauke Jambu menjadi sebutan netizen selepas tular video seorang lelaki miripnya dengan wanita berpakaian serba putih seperti pasangan pengantin.

Rakaman video pendek memperlihatkan Tauke bersama wanita itu di muat naik oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok sebelum ia dikongsi semula di Instagram.

Pemilik TikTok berkenaan turut menulis ucapan tahniah kepada pasangan pengantin dan mendoakan semoga wanita itu bahagia bersama suami tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tauke Jambu dakwa hanya bawa petai, rambutan dan hantar adik angkat... tiada peralatan seks - “Cukuplah setakat ni dunia hiburan”

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia akui kesilapan, minta henti kecam Tauke Jambu

"Congratulations Shu (nama pengantin perempuan), semoga awak bahagia. Berakhir sudah perjuangan saya... saya harap awak jadi isteri yang baik disamping suami pilihan awak," kata individu berkenaan.

Usaha mStar mendapatkan penjelasan lanjut daripada Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 45, tidak berjaya apabila mesej dan panggilan tidak berjawab.

tauke 3

Tular video Tauke Jambu dikatakan berkahwin lagi.

Menjengah laman Instagram miliknya, rata-rata netizen meninggalkan komen mahu mendapatkan kepastian mengenai perkara itu.

Jika dilihat pada posting terkini, Tauke memakai baju Melayu teluk belanga putih dipercayai pakaian yang sama dipakainya seperti dalam video yang dikongsikan di TikTok.

"Aku datang sini sebab TikTok! Betul ke Tauke dah kahwin?

"Alhamdulillah syukur kalau abang Tauke dah kahwin, selamat pengantin baharu.

tauke 4

Tauke dan isterinya, Nadia.

"Shooting kahwin ke tu? sampai ke sini orang serbu sebab video TikTok," komen netizen.

Dalam perkembangan terbaharu mengenai persoalan ini, video yang tersebar itu rupa-rupanya hanya lakonan semata-mata.

Tauke menerusi Instagramnya pada Sabtu memberitahu video tersebut hanyalah penggambaran yang dilakukan untuk iklan produk ubat kesihatan keluarannya.

Pada tahun 2019, Tauke menafikan dia menceraikan isterinya Nadia Mohd Affandi melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp seperti didakwa isterinya pada Januari tahun itu.

Difahamkan, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada orang ketiga apabila Tauke dikatakan curang dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, hubungan perkahwinan mereka masih utuh dan menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina, 3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain