suria

Pernah alami gangguan mistik di set penggambaran, Uyaina Arshad rahsiakan daripada ibu berlakon di bilik mayat

Uyaina akui dirinya seorang penakut dan sukar berlakon dalam filem seram.

MENJALANI penggambaran di bilik mayat sebuah hospital merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh pelakon Uyaina Arshad.

Mengakui dirinya seorang yang sangat penakut, Uyaina, 29, berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai lokasi penggambaran filem Siapa Tutup Lampu? itu daripada pengetahuan ibu bapanya.

"Ada babak yang kami berlakon dalam bilik mayat, penggambaran di lokasi berkenaan berlangsung selama dua hari... masuk petang habis waktu Subuh. Memang scary, sebelum masuk tu saya ada la tanya-tanya. Mujur masa shooting tu ramai-ramai, kalau seorang diri memang saya tak berani masuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad sedih terlepas peluang bergandingan dengan Paknil, jadual terganggu gara-gara PKP

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad terpaksa pakai baju berlapis-lapis, 18 pasang sarung tangan untuk jadi wanita aneh - “Bergaya seperti itu di luar, mungkin tidak!”

"Alhamdulillah sepanjang penggambaran tak ada apa-apa kejadian berlaku. Saya ni sebenarnya memang penakut. Saya tak bagi tahu emak tentang lokasi penggambaran, sebab kalau beritahu mesti dia tak bagi nanti.

"Saya pun tahu babak itu akan dilakonkan di bilik mayat selepas baca skrip, sebagai pelakon saya anggap ini cabaran, jadi saya okay sahaja sebabnya bukan saya seorang dekat dalam tu," katanya kepada mStar.

uyaina 2

Siapa Tutup Lampu? ditayangkan di Astro First bermula 25 November ini.

Uyaina ditemui semasa tayangan perdana filem Siapa Tutup Lampu? yang diadakan di GSC 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Kalau saya seorang sahaja berlakon dalam cerita hantu tu memang tak beranilah!

UYAINA ARSHAD

PELAKON

Pernah menyaksikan sendiri gangguan di set penggambaran sebelum ini, Uyaina berkata dia mempersiapkan diri bagi mengelakkan sebarang unsur mistik berlaku.

"Sebelum ini saya pernah berlakon cerita seram Bercinta Dengan Jin, memang kami kena kacau di set masa hari terakhir, sebab kita pun menyeru benda tu.

uyaina 3

Uyaina bawa watak gadis bernama Azie dalam filem Siapa Tutup Lampu?

"Sebab itu la bila baca skrip Siapa Tutup Lampu? ini ada babak dalam bilik mayat saya terus nervous, tapi sebab tahu ada ramai kru, jadi okaylah sikit.

"Sepanjang penggambaran kami semua solat bersama-sama dan baca doa. Tipulah kalau tak rasa seram... sejujurnya takut la jugak.

"Kalau saya seorang sahaja berlakon dalam cerita hantu tu memang tak beranilah. Kalau ada tawaran lain selepas ini saya kena baca skrip dulu, kalau ada semangat baru saya terima," ujarnya.

Filem Siapa Tutup Lampu? arahan pengarah muda Aliff Ihsan Rahman ini bakal ditayangkan di Astro First bermula 25 November depan.

Selain Uyaina, filem ini turut dibintangi Azizul Ammar, Naim Daniel, Azhar Jalil, Ismi Melinda dan Afieq Shazwan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain