suria

[VIDEO] Ibu Nubhan cerita pengalaman terkejut beli beg LV harga RM14,200... Mak Jenny dah ‘plan’ nak melaram pergi makan kenduri

VIDEO spontan penyanyi Nubhan bersama ibunya yang popular dengan panggilan 'Mak Jenny' semakin menjadi perhatian di media sosial kerana berjaya menyentuh hati orang ramai.

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif menonton telatah Nubhan dan Mak Jenny atau Badariah Omar yang sudah berusia 76 tahun.

Terbaharu video gelagat dua beranak ini sedang beli-belah di sebuah butik barangan mewah jenama Louis Vuitton (LV) cukup menghiburkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Surau di pusat beli-belah tutup, Nubhan jadikan ‘fitting room’ tempat solat - “Hidup kena kreatif... tiada alasan untuk tidak solat

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan positif Covid-19, kuarantin di hotel kerana bimbang isteri hamil 6 bulan - “Lega dah lengkap vaksin, keadaan jadi tak teruk”

Ketika ditemubual mStar menerusi panggilan video, Mak Jenny sempat bercerita tentang beg tangan baharunya yang berharga RM14,200.

"Segan pula nak pakai beg ni, orang beli beg takde la macam tu sangat (harga mahal). Tapi kalau ada kenduri pakai la.

nubhan 2

Nubhan beri kejutan belikan Mak Jenny beg Louis Vuitton (LV) berharga RM14,200.

"Mula-mula tu perasaan tu rasa tak sedap sebab terlampau mahal, tapi dah dia nak beli kita terima je la... riang rasa hati tu," katanya sambil ketawa gembira kepada mStar.

Sebelum ini menerusi perkongsian di Facebook dan Instagram Nubhan, reaksi Mak Jenny yang terkejut hingga terlopong mengetahui harga beg tangan berkenaan berjaya mencuit hati netizen.

Kata netizen respons bersahaja Mak Jenny membuatkan mereka turut terkenangkan ibu masing-masing yang mungkin tinggal berjauhan.

Mak Jenny tak pandai berlakon, daripada kejujuran dia tu ramai yang boleh menerima video ni.

NUBHAN

PENYANYI

Bercerita tentang sambutan positif itu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 35, berkata dia sendiri tidak menyangka segala perkongsian bersama Mak Jenny turut memberi inspirasi dan keinsafan kepada pengikutnya tentang kasih sayang terhadap ibu bapa.

mak jenny

Mak Jenny berniaga sambal Omak Jenny masakan tradisional.

"Semua tu bukan yang di buat-buat sebab Mak Jenny tak pandai berlakon, daripada kejujuran dia tu ramai yang boleh menerima video ni.

"Tapi sebenarnya kita risau juga kalau video macam ni orang kata nak menunjuk-nunjuk, sebenarnya tak ada pun tapi terpulang kepada mereka untuk nilaikan.

"Tapi setakat ini maklum balas yang diberikan ramai yang dapat pengajaran dan ada DM saya ucap terima kasih... Alhamdulillah apa yang cuba disampaikan tu sampai," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain