suria

Coki dan Waris bergabung lancar lagu Apa Apa Rojer sindir selebriti langgar SOP

Coki dan Waris lancar single Apa Apa Roger.

SELEPAS berjaya bergelar pelakon dengan membintangi pelbagai drama, personaliti media sosial Coki kali ini muncul pula dengan single pertamanya berjudul Apa Apa Rojer.

Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 16, dia sudah bersedia untuk menerima kecaman daripada netizen yang mungkin kurang menyukai nyanyiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama menyepi... Waris akui tiada permintaan untuk kembali dalam industri seni - “Biar mereka tentukan saya patut comeback atau tak”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 10 tahun, Waris dapat idea ‘Rembau Most Wanted Part II’... kali ini muncul bersama Nabil Ahmad depan kubur

"Saya dah bersedia untuk terima kecaman. Bukan nak berlagak, tapi saya dah tahu kalau kita keluarkan lagu ini mesti netizen Malaysia akan mencari kesalahan kita.

TONTON LIRIK VIDEO DI SINI!

"Saya hanya menjalankan tugas dan benda yang disebut dalam lirik lagu ini semuanya betul, bukan propaganda. So, boleh kecam saya.

"DJ Fuzz dan Waris banyak mengajar saya tentang teknik vokal sepanjang sesi rakaman. Saya banyak belajar daripada mereka tentang dunia industri muzik ini," katanya kepada mStar.

Lagu Apa Apa Roger ciptaan DJ Fuzz itu dinyanyikan Coki bersama penyanyi rap Waris diterbitkan oleh Mixologi Music.

Saya nampak Coki ada potensi untuk nak jadi artis daripada cara dia membawa dirinya

DJ FUZZ

KOMPOSER

Sementara itu, DJ Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De Attaher Emir Farit Emir, 43, berkata, Coki mempunyai bakat untuk menyanyi dan berpotensi menjadi seorang artis rakaman.

Tambahnya lagi, Coki hanya mengambil masa yang singkat untuk merakam lagu tersebut.

"Saya nampak Coki ada potensi untuk jadi artis daripada cara dia membawa dirinya. Coki ada bakat untuk menyanyi, tapi dia jarang tonjolkan kebolehannya itu.

"Jadi kita cuba buat Apa Apa Rojer dengan Coki dan dia cuma rekod sekali sahaja, tak macam orang lain yang memerlukan beberapa hari," ujarnya.

Coki dan Waris bersama-sama menyanyikan lagu Apa Apa Rojer terbitan Mixology Music.

Dalam pada itu, Waris memberitahu bahawa lagu ini dijadikan medium untuk meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap selebriti yang mengambil kesempatan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pandemik.

Katanya, perkara itu sedikit sebanyak telah menjejaskan pandangan warganet terhadap golongan anak seni yang lain.

"Ceritanya projek lagu ini sebab tak puas hati selebriti melanggar SOP yang menaikkan kemarahan netizen. Mereka sibuk nak mengejar populariti sampai anak seni yang lain terkena termpiasnya sebab nak viral.

"Pandangan netizen terhadap selebriti jadi lain sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Saya tak berapa nak meroyan dan meluahkan dekat media sosial, sebaliknya menggunakan platform yang kita ada iaitu muzik untuk memberitahu cerita.

Lagu Apa Apa Rojer sudah boleh didengar di semua platform YouTube dan striming bermula pada Khamis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain