suria

Nynaa Harizal syukur doa untuk kembali bersama suami dimakbulkan - “Hanya ajal boleh memisahkan kita”

Nynaa Harizal bersyukur dapat kembali di sisi suami tercinta.

SYUKUR... itulah perkataan yang dilafaz Nynaa Harizal selepas konflik rumah tangganya dengan Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas dapat diselesaikan dengan baik.

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, berkongsi foto perkahwinan dengan luahan rasa syukur apabila doanya untuk kembali bersama suami dimakbulkan Allah.

"Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Saya sangat bersyukur dapat kembali ke tempat saya berada.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nynaa Harizal dan suami nampak mesra, jalan berpegangan tangan di mahkamah... Konflik rumah tangga selesai tak jadi cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Nynaa Harizal mahu cerai, berdoa suami terbuka hati lepaskan secara baik

"Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bermakna anda kepada saya. I love you so much my husband @fahmiilyas. Sehingga ajal memisahkan kita," tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian Nyna mendapat perhatian rakan artis dan peminat yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka berdua.

ninaa3

Hubungan rumah tangga Nynaa dan Fahmi berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam perhubungan mereka.

"MasyaAllah, Nynaa Alhamdulillah... Alhamdulillah... semoga Allah SWT memudahkan segala urusan untuk you dear.

"Doaku dari jauh... semoga bahagia hingga ke jannah. Alhamdulillah, so happy for both of you. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah," antara komen rakan artis dan peminat.

Pada Rabu, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu bagi sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan suaminya 12 November lalu.

Bagaimanapun hubungan rumah tangga itu berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam perhubungan mereka.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Saya sangat bersyukur dapat kembali ke tempat saya berada.

NYNAA HARIZAL

PELAKON

Konflik rumah tangga pasangan ini tercetus pada 3 November lalu apabila Mohamed Fahmi tidak mengetahui keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa pada ketika itu berada di kediaman keluarga mentuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya.

Kemudian pada 11 November lalu, Fahmi membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Permohonan itu difailkan Fahmi selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

NIAA3

Nynaa kembali di sisi suaminya Fahmi Ilyas.

Manakala, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor pada 10 November lalu.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain