suria

Annuar Musa minta penggiat seni selesai konflik cara berhemah, tak perlu ‘bercakaran’ di media sosial

Annuar (tengah) tunjuk trofi yang bakal dimenangi pemenang FFM31.

KETEPIKAN perbezaan ideologi dan tidak bercakaran demi kemajuan industri perfileman tanah air.

Itulah permintaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang berharap sebarang pencanggahan pendapat harus diselesaikan secara harmoni tanpa perbalahan.

Menurut Annuar, perbincangan bersama ini seiring dengan misi kerajaan mempromosikan konsep Keluarga Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa media yang boleh dipercayai, masyarakat tak boleh bergerak maju - Annuar Musa

ARTIKEL BERKAITAN: Ratu Kala Jengking, Tiada Tajuk dan Ada Apa Dengan Dosa antara 55 filem bertanding rebut trofi Filem Terbaik FFM31

"Kalau dulu kita asyik baca kontroversi sana sini, sekarang perlu kurangkan konflik. Jika ada idea bagus individu itu perlu cadangkan dan bincang.

"Tidak perlu masuk media sosial... orang menghentam sana-sini sedangkan setiap perkara boleh diselesaikan dengan berhemah.

annuar 1

Annuar (kanan) ada pesanan untuk penggiat seni.

"Lazimnya dalam dunia sekarang, baik orang politik, artis ataupun pemain bola sepak kena kurangkan konflik. Buat apa cari gaduh dan cari perbezaan, sepatutnya kita harus cari titik persamaan.

"Jadi saya harap semua persatuan seni janganlah bercakaran, saya ni macam atok mahu menasihatkan, kita ceriakan kerjaya kita, tak perlu timbulkan polemik yang tidak baik," katanya kepada mStar.

Saya faham dalam situasi pandemik sekarang, mungkin ada antara mereka yang terlepas pandang memandangkan sudah dibenarkan kembali bekerja

ANNUAR MUSA

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Annuar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 di Hotel Royal Chulan The Curve, Damansara pada Rabu.

Turut hadir dalam sidang media itu Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Profesor Md Nasir Ibrahim dan Presiden Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

annuar 3

Annuar (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid (kanan sekali) CEO Finas, Profesor Md Nasir Ibrahim (dua dari kiri) dan Presiden Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Menyedari ada segelintir penggiat seni yang tidak mengambil peduli penganjuran festival besar begini, Annuar berkata mereka sepatutnya memberi sokongan sepenuhnya.

Ini kerana program anugerah yang dianjurkan bertujuan meraikan anak seni dan kru filem.

"Saya faham dalam situasi pandemik sekarang, mungkin ada antara mereka yang terlepas pandang memandangkan sudah dibenarkan kembali bekerja.

"Bagaimanapun kalau kita lihat segala publisiti yang dihebahkan di media cukup meluas jadi mereka sepatutnya lebih peka dengan perkembangan anugerah besar seperti ini.

"Wartawan telah memainkan peranan menyebarkan mengenai anugerah ini, tetapi mereka (orang industri) tak mahu ambil ‘port’ apa yang berlaku di sekeliling mereka,” ujarnya.

FFM31 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 10 Disember depan.

FFM31 mempertaruhkan 55 buah filem dan Buat pertama kalinya, pemenang Filem Terbaik akan membawa pulang trofi dan geran Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain