suria

Persembahan ‘live’ dipuji, Nabila Razali akui hasil masuk kelas vokal hari-hari - “Kali ini mungkin saya serap apa cikgu ajar”

Nabila menyanyikan lagu Putus di program MeleTOP pada malam Selasa.

PERSEMBAHAN Nabila Razali secara langsung di program hiburan MeleTOP pada malam Selasa dipuji netizen yang menyifatkan nyanyiannya menunjukkan peningkatan dan semakin baik.

Nabila, 29, yang menyampaikan lagu daripada single terbaharunya berjudul Putus itu mengakui mengikuti kelas vokal hampir setiap hari bagi memperbaiki mutu nyanyiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf tiada gimik untuk lagu baru” - Nabila Razali senyap-senyap keluar Putus, hadiah untuk peminat sempena hari lahir

ARTIKEL BERKAITAN: Peluang Kedua terjual RM400,000, Nabila Razali tak sabar keluar lagu baharu

Dia juga berasa lega apabila persembahan nyanyiannya menerusi lagu baharu itu dapat dirasai penonton.

"Saya tak putus pergi kelas vokal boleh dikatakan hampir setiap hari terutamanya bila ada acara yang memerlukan saya menyanyi secara live.

"Alhamdulillah malam tadi penonton nampak perbezaannya, maksudnya saya dah serap ilmu yang cikgu Shafiq Erwin ajar. Saya akan terus belajar lagi," ujarnya kepada mStar.

Saya tak putus pergi kelas vokal boleh dikatakan hampir setiap hari terutamanya bila ada acara yang memerlukan saya menyanyi secara live.

NABILA RAZALI

PENYANYI

Pada tahun lalu, Nabila menjadi tular apabila 'terkucil' apabila sedang nyanyian lagu Peluang Kedua di pentas yang sama.

Dalam pada itu, Nabila mengakui masih berlawan dengan perasaan gugup ketika berada di pentas.

"Saya masih ada rasa gugup apabila naik pentas, nak kena lawan.

"Kalau dalam kelas belajar okey saja, bila naik pentas perasaan tu lain... rasa sangat gementar"

"Ini proses yang saya perlu lalui sebaik mungkin," katanya.

nabila4

Nabila keluar dengan single Putus.

Sementara itu, ditanya masih ada komen negatif daripada segelintir pihak, Nabila berkata, dia menghargai komen-komen yang banyak membantunya memperbaiki diri.

"Ada juga komen negatif tapi sekarang banyak yang komen positif, saya happy orang nampak kemajuan saya.

"Bagi yang sengaja cari salah pun saya hargai mereka, saya terima semua kritikan dengan hati terbuka," ujarnya.

Nabila baharu sahaja melancarkan single berjudul Putus hasil karyanya bersama komposer Singapura Irwin Purnama.

Lirik video lagu berkenaan sudah dilancarkan 13 November lalu dan kini sudah mencecah 800,000 tontonan.

Lagu berkenaan juga sudah boleh didengari di semua platform digital dan striming.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain