suria

Dah biasa bawa lagu ‘leman’, kali ini Siti Nordiana beri ‘Amaran’... muncul dengan lagu rentak EDM bersama Bunga Isme

Siti Nordiana kolaborasi dengan Bunga Isme dalam lagu Amaran.

MENGAGUMI bakat Bunga Isme menyanyikan lagu rap mendorong Siti Nordiana berkolaborasi dengan penyanyi berusia 21 tahun itu dalam lagu terbaharu berjudul Amaran.

Menurut Siti Nordiana, 37, dia sudah lama menyukai cara penyanyi muda itu menyampaikan lagu rap dan melihat kerjasama itu sebagai satu peluang keemasan.

"Kami merakamkan lagu ini di sebuah studio di Damansara sekitar September lalu. Saya secara peribadi suka cara dia rapping.... dalam cute buat rap, dia ada sisi ketegasan dan kelembutan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Nordiana hilang followers Instagram, terlepas ‘job’ gara-gara difitnah lima sekawan

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Isme tak sangka ‘dapat’ Noraniza Idris dalam lagu ‘Intan Payung’ - “Saya memang bayangkan Kak Ani seperti ibu menasihati anak”

"Suara saya dan dia juga boleh serasi dan blend. Bagi saya Bunga kreatif dan berbakat besar.

"Apa yang boleh saya kata cara rap Bunga dalam lagu ini juga sangat bertenaga dan power," katanya.

bunga 3

Siti Nordiana kagum bakat Bunga Isme.

Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata ini kali pertama dia menyanyikan lagu mempunyai sentuhan trap, selain rentak muzik EDM (electronic dance music).

"Saya menyanyi lagu berentak sebegitu kerana nak cuba sesuatu yang baru. Selama ini lagu saya banyak dan terarah ke genre pop dan balada. Jadi kenapa tidak cuba lagu berentak fast track.

Ia nasihat atau amaran daripada yang berpengalaman memberi peringatan kepada orang yang baru merasai dunia cinta!

SITI NORDIANA

PENYANYI

"Dalam lagu ini, hanya Bunga saja rap. Saya tidak. Apa yang boleh saya katakan lagu ini jenis yang senang diingat atau catchy. Ia lagu sing along.

"Secara tidak langsung, lagu genre sebegini boleh tarik kelompok peminat baru untuk kenal saya," ujarnya.

bunga 2

Bunga disifatkan seorang penyanyi muda berbakat besar.

Berkongsi mengenai lirik dalam lagu ini, Siti Nordiana berkata ia mengisahkan mengenai nasihat orang yang terlebih dahulu melalui alam percintaan.

"Ia nasihat atau amaran daripada yang berpengalaman memberi peringatan kepada orang yang baru merasai dunia cinta.

"Ibarat nasihat kakak kepada adik atau ibu kepada anaknya," katanya.

Amaran ciptaan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat dilancarkan di penstriman digital sejak 26 November ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain