suria

Shalma Eliana mohon maaf kepada Bunga Isme, kesal dituduh ada hubungan dengan Ismail Izzani - “Dia baik, bukan punca kami berpisah”

Yana (kiri) memohon maaf kepada Bunga kerana terpalit dengan kisah cintanya.

PENYANYI Shalma Eliana tampil menafikan penyanyi rap Bunga Isme menjadi orang ketiga dan punca perpisahannya dengan penyanyi Ismail Izzani sebulan lalu.

Shalma Eliana Bruhanutheen atau kini mahu dikenali sebagai Yana, 21, berkata, dia terkejut dengan dakwaan itu dan sudah memohon maaf kepada penyanyi berkenaan secara peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Isme menangis dituduh punca Ismail Izzani, Shalma Eliana putus, bimbang peminat percaya fitnah bulat-bulat

“Bunga tiada kena mengena dengan punca perpisahan saya dan Mael. Malah, saya ada menghantar mesej peribadi kepadanya untuk memohon maaf.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana dakwaan tidak berasas itu boleh timbul. Bunga seorang individu yang baik", katanya kepada mStar.

226397448_881757872429120_7263663444699120877_n

Yana akui ada beberapa jejaka yang mendekatinya selepas dia putus cinta.

Yana berkata demikian ketika ditemui mStar pada majlis pelancaran lagu terbaharunya yang berjudul Your Loss di The Bee, Publika, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Pada awal November lalu, Ismail mendedahkan bahawa hubungan cinta dengan Shalma Eliana sudah berakhir.

Lagu ini ditulis berdasarkan apa yang saya lalui ketika itu dan bukan untuk mengaibkan sesiapa

SHALMA ELIANA

PENYANYI

Sementara itu, Yana turut memberitahu sebulan berstatus single dia didekati dengan beberapa lelaki.

Bagaimanapun, kata penyanyi lagu Mahukah Kamu ini, dia mahu memberi perhatian kepada karier dan dirinya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal cinta.

“Tipulah kalau cakap tak ada, tapi memang ada yang cuba nak berinteraksi dengan saya untuk berkawan. Saya okay je cuma saya selalu beritahu mereka yang saya hanya mahu berkawan sahaja buat masa ini.

“Tapi kali ini saya seronok dapat berkenalan dengan ramai orang dan masing-masing mempunyai kisah mereka tersendiri. Saya lebih bahagia dengan kehidupan sekarang ini dan mahu fokus pada diri sendiri serta kerjaya,” katanya.

251259579_650672045920777_4755968399906273287_n

Your Loss merupakan hasil karya Yana sendiri.

Sementara bercakap tentang lagu Your Loss, Yana berkata, ia hasil karyanya sendiri yang ditulis hanya dalam tempoh 10 minit pada 2 Oktober lalu.

Jelasnya lagi, dia tidak kisah sekiranya ada yang mengaitkan lagu tersebut dengan kisah percintaannya dengan Ismail yang hanya bertahan selama tiga tahun.

“Lagu ini ditulis berdasarkan apa yang saya lalui ketika itu dan bukan untuk mengaibkan sesiapa. Ia lebih kepada untuk berkongsi kisah saya sendiri melalui lagu, sebab saya memang suka menulis sejak sekolah menengah lagi.

“Sebab itu jugalah saya rasa ramai boleh relate kerana mereka juga pernah lalui situasi yang sama. Sampai ada yang DM beritahu mereka menangis apabila mendengar lagu itu,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain