suria

Ucapan ‘bersemut’ Aliff Aziz untuk Bella Astillah, anggap isteri ‘superwoman’ jadi kekuatan di GV8

Bella Astillah adalah tulang belakang kejayaan Aliff Aziz.

MENERIMA pujian semasa beraksi di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Aliff Aziz berkata kejayaannya membuat persembahan dengan baik adalah atas faktor sokongan isteri tersayang Bella Astillah.

Menurut Aliff, 30, Bella menjadi sumber kekuatan untuknya meneruskan saingan dan memberikan persembahan terbaik dalam pertandingan itu.

Menitipkan ucapan istimewa buat isteri, penyanyi lagu Sayang Sayang ini menyifatkan Bella sebagai seorang ‘superwoman’ yang sentiasa ada di sisinya saat jatuh dan bangun.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Fazley Yaakob, Adibah Noor dan Aweera antara 13 bintang ‘Gegar Vaganza 8’

ARTIKEL BERKAITAN: Sering ditanya bila nak berubah? Bella Astillah dah mula masuk kelas agama dan belajar mengaji... harap Aliff terus doakan dirinya

"You (Bella), ini ucapan untuk awak. Terima kasih kerana selalu ada, bukan hanya di backstage tapi dari rumah, bawakan baju semualah.

"Awak superwoman, saya gembira dan saya tak mampu jadi terbaik tanpa awak.

aliff aziz

Aliff kuat kerana sokongan isteri.

"Result dua minggu (tertinggi) bukan untuk saya, ini untuk isteri saya, keluarga dan peminat yang mendoakan. Thank you so much sayang... I love You," katanya.

Memandangkan dia dan Bella sibuk sepanjang program GV8, Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang membantu menguruskan dua anak mereka di rumah.

Anak-anak Aliff ada bapa mentua jaga. Ada makcik-makcik mereka yang rapat jagakan anak kami!

ALIFF AZIZ

PENYANYI

Malah, dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga mentua yang baik dan tidak henti memberi sokongan.

"Anak-anak Aliff ada bapa mentua jaga. Ada makcik-makcik mereka yang rapat jagakan anak kami.

aliff 2

Bella sentiasa beri sokongan kepada suaminya.

"Paling penting, mereka juga tengok persembahan saya dekat rumah, tak sabar nak jumpa mereka peluk mereka," ujarnya.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 2016.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak, Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna, setahun.

GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain