suria

Dugaan Syahmi Sazli... Isteri hamil anak kedua masuk hospital akibat jangkitan kuman dalam air kencing

Isteri Syahmi Sazli terkena jangkitan kuman dalam air kencing.

PENGARAH dan YouTuber terkenal Syahmi Sazli berdepan detik cemas apabila isterinya terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Pulau Pinang selepas terkenan jangkitan kuman dalam air kencing.

Lebih membimbangkan apabila isterinya itu, Anissa Faizul kini sedang hamil anak kedua mereka.

Bercerita lanjut tentang keadaan isteri, Syahmi atau nama sebenarnya Muhd Syahmi Sazli, 26, berkata isterinya sering muntah-muntah sejak beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbaik Syahmi Sazli! Netizen puji YouTuber Kelantan tak sombong, bantu jiran ubah nasib - “Dia pernah jual kereta, emas pun digadai”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Bukan inspirasi tapi buat orang kecil hati!” - Syahmi Sazli tak suka budaya ‘flex’, harap influencer suka tayang harta lebih sensitif

"Sebenarnya isteri saya sedang hamil, dah masuk tiga bulan. Isteri temankan saya terlibat dalam penggambaran dekat Pulau Pinang.

aisas

Isteri Syahmi hamil anak kedua.

"Cuma sejak kebelakangan ni dia kerap muntah-muntah, setiap kali selepas 10 minit je muntah sampai keluar muntah hijau.

"Doktor kata ada jangkitan air kencing tapi selepas masukkan air dah okay dah tapi perlu dirujuk kepada doktor pakar," katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut tentang kehamilan kali kedua Anissa, 23, Syahmi berkata, wanita itu mengalami alahan yang sangat teruk.

Sebenarnya isteri saya sedang hamil, dah masuk tiga bulan.

SYAHMI SAZLI

YOUTUBER/ PENGARAH

Ujar Syahmi, dia yang semakin sibuk dengan penggambaran filem 35MM khuatir dengan keadaan isterinya itu.

"Selepas masuk air dalam badan doktor kata keadaan sudah kembali normal.

"Cuma kehamilan kali ni alahannya teruk juga la tapi tak seteruk masa anak yang pertama dulu.

syahmiii213

Syahmi dan Anissa sudah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ainul Mardhiah.

"Saya risau la sebab sekarang sibuk dengan penggambaran filem baharu arahan saya. Filem ni banyak cabaran dari segi jadual," katanya.

Dalam pada itu Syahmi berkata dia berdoa agar dikurniakan cahaya mata lelaki.

"Ni anak yang kedua, saya berharap kali ni lelaki. Jadi berpasangan la, InsyaAllah," ujarnya.

Syahmi berkahwin dengan Anissa Faizul pada 23 Febuari 2018 dan hingga kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ainul Mardhiah, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain