suria

Ariff Bahran kenal isteri ketika terlibat program masakan, ada sebab rahsiakan perkahwinan

Ariff Bahran sudah bergelar sebagai suami kepada Amirah sejak tiga bulan lalu.

TIGA bulan merahsiakan perkahwinan, penyanyi Ariff Bahran berkata dia mempunyai sebab tersendiri tidak menghebahkan pernikahannya dengan Amirah Syzwani Ridzuan kepada umum.

Pemilik nama sebenar Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 23, ini memberitahu, salah satunya disebabkan majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Katanya lagi, perancangan awal majlis pernikahan itu sepatutnya berlangsung pada Disember tahun lalu, namun terpaksa ditangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Cium dahi seorang wanita ketika persembahan ‘live’, rupa-rupanya Ariff Bahran sudah tiga bulan berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara diet melampau, Ariff Bahran hidap apendiks - “Tak perlu pembedahan lagi, hanya makan ubat dulu”

"Sebenarnya saya dah rancang perkahwinan ini setahun lalu, sepatutnya ia berlangsung pada December 2020. Tetapi disebabkan PKP, semua benda terpaksa ditangguhkan.

bahran 4

Ariff merahsiakan perkahwinan mereka kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.

"Saya merahsiakan perkahwinan ini bukan sebab tak nak beritahu, tetapi sebab tak mahu menyusahkan pihak rakan-rakan satu industri dan saudara-mara. Lagipun benda ini tiga bulan lepas dan ketika itu tengah dalam keadaan SOP yang sangat ketat disebabkan pandemik.

"Memang kami akan reveal juga sebab takut timbul fitnah dan nanti orang mengata pula keluarga kami. Jadi sebab itulah saya mengambil keputusan untuk mendedahkan tentang perkahwinan kami pada hari tersebut," katanya kepada mStar.

Berita perkahwinan pasangan ini diumumkan oleh pengacara Ain Edruce dan Nabila Huda ketika malam Anugerah Drama Sangat 2021 yang bersiaran secara langsung pada malam Sabtu.

Kalau dia nak ada anak, saya okay dan kalau dia tak nak ada anak pun saya okay juga.

ARIFF BAHRAN

PENYANYI

Bercakap lebih lanjut tentang isterinya, Ariff memberitahu bahawa wanita itu bekerja sebagai penerbit rancangan di sebuah saluran televisyen berbayar.

Menurut Ariff dia dan Amirah, 27, sudah tiga tahun bercinta sebelum membuat keputusan hidup bersama.

Kata Ariff, detik pengenalan mereka bermula ketika dia menjadi artis jemputan dalam sebuah rancangan masakan terbitan isterinya itu.

"Kami sudah tiga tahun berkenalan sebenarnya, saya kenal Amira di sebuah program masakan dan ketika itu dia merupakan seorang penerbit rancangan tersebut.

"Saya merupakan artis jemputan yang hadir untuk rancangan itu dan dari situlah semuanya bermula," katanya.

Sementara itu, apabila ditanya tentang perancangan zuriat, Ariff meletakkan keputusan sepenuhnya kepada isterinya.

DSFGHYUJHIK

Ariff meletakkan keputusan sepenuhnya kepada Amirah berkenaan perancangan zuriat.

"Saya meletakkan keputusan sepenuhnya kepada Amirah kerana dia isteri saya dan itu adalah body dia yang saya respect.

"Kalau dia nak ada anak, saya okay dan kalau dia tak nak ada anak pun saya okay juga," ujarnya.

Ariff selamat disatukan dengan Amirah, di Jabatan Agama Islam Shah Alam, Selangor pada 3 September lalu.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan penyanyi lagu Kata Akhirmu ini menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain