suria

DJ Suria FM turun padang bantu mangsa banjir... Sebak tengok keadaan rumah dan kereta musnah dipenuhi lumpur

DJ Lin turut serta dalam Misi Bantuan Banjir Suria. Foto kanan memperlihatkan Fizi Ali sedang mencuci lantai yang dipenuhi lumpur.

PRIHATIN dengan masyarakat yang terkesan musibah banjir, penyampai radio Suria FM 'turun padang' pada Khamis bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir di Bentong, Pahang.

Menurut Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, Misi Bantuan Banjir Suria itu adalah tuntutan dan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin menang lagi! Kali ini bawa pulang trofi ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai’ - “Ini bukti jenama DJ Lin semakin dipercayai dan kukuh”

DJ Lin turut memberitahu dia dan beberapa kakitangan lain sanggup mengorbankan cutinya kerana ingin turut serta dalam misi bantuan tersebut.

"Banyak perkara yang nak diuruskan terutama dari segi nak kumpulkan kesemua penyampai radio dan barangan bantuan.

"Ikutkan ramai staf yang dah mula bercuti termasuk saya sendiri sampai hujung tahun. Tapi demi nak laksanakan misi bantuan ini, saya sanggup korbankan cuti.

"Bagi saya, ia satu tuntutan kepada masyarakat dan tanggungjawab sosial. Saya rasa bersyukur dapat turut serta dalam misi bantuan ini," katanya kepada mStar.

DJ Lin bersama enam penyampai radio Suria FM iaitu Ajak, Sharifah Shahirah, Tyzo, Feeya Iskandar, Fizi Ali dan Suraya melaksanakan misi bantuan itu.

Alhamdulillah, pukul 11 pagi kami sudah sampai ke lokasi pertama.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Sementara itu, DJ Lin memberitahu mereka memulakan misi bantuan tersebut di lokasi pertama di Kampung Bukit Piatu, Bentong, Pahang.

Bukan sahaja memberi barangan bantuan yang diperlukan, semua penyampai Suria juga berganding bahu mencuci rumah mangsa banjir yang terjejas.

"Kami mulakan misi bantuan ini di Bentong, Pahang dan lokasi pertama di Kampung Bukit Piatu. Perjalanan kami bermula pada pukul 8 pagi.

Dj Lin 1

Semua penyampai Suria FM menghantar misi bantuan banjir.

"Alhamdulillah, pukul 11 pagi kami sudah sampai ke lokasi pertama. Memang sebak melihat keadaan di kawasan itu. Jalan yang dipenuhi lumpur dan rumah musnah.

"Banyak perabot terpaksa dibuang dan kereta terbalik. Selain bantuan dari segi barangan, kami juga akan sama-sama tolong mencuci rumah yang terjejas," ujarnya.

Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ini berkata, mereka turut memberikan bantuan di sekitar kawasan di Karak, Pahang.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain