suria

Kongsi minat sama suka ambil gambar, Mira Filzah kata tangan suami lebih berseni

Mira Filzah dedah suami lebih suka mengambil imej objek yang memiliki kesenian seperti bangunan dan sebagainya.

BERKONGSI minat yang sama, pelakon Mira Filzah mendedahkan suaminya iaitu Wan Emir Astar juga gemar mengambil foto dan video menggunakan telefon bimbit.

Dalam hal ini, Mira bagaimanapun berkata Emir lebih estetik kerana menyukai imej objek atau reka bentuk bangunan berbanding dirinya yang lebih suka merakam gambar swafoto untuk simpanan peribadi.

"Emir seorang arkitek jadi dia lebih suka ambil gambar lampu, bangunan dan sebagainya... dia ambil gambar itu lebih cantik dari ambil gambar saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah tak akan sorok jika benar hamil, mahu berbulan madu ke Eropah minggu depan

ARTIKEL BERKAITAN: “Boleh tak nak post apa-apa dekat IG ke, Twitter ke, pakai otak sikit?” - Mira Filzah

"Kalau pergi mana-mana, dia akan ambil gambar yang nampak lebih perincian atau detailing... contohnya reka bentuk unik sesuatu bangunan.

"Saya pula macam biasalah perempuan suka selfie... selfie all the time, tapi secara keseluruhan saya memang suka ambil gambar. Lagi pula ada komitmen kerja, jadi mahu tak mahu kena ambil foto dan video banyak-banyak," katanya kepada mStar.

mira 2

Mira Filzah suka selfie.

Mira ditemui semasa pelancaran model terbaharu Vivo V23 dan V23e yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Ini merupakan tahun pertama Mira dilantik menjadi duta untuk jenama telefon pintar ini.

Buat pertama kali saya berkesempatan bekerja dan berlakon bersama suami dalam iklan raya lalu, dia sangat teruja!

MIRA FILZAH

PELAKON

Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan suami dalam iklan raya jenama telefon berkenaan baru-baru ini, Mira berkata ia satu pengalaman cukup mengujakan kerana dapat memujuk suami untuk turut serta dalam projek berkenaan.

mira 3

Mira dan suami bakal berbulan madu di Eropah hujung tahun ini.

"Buat pertama kali saya berkesempatan bekerja dan berlakon bersama suami dalam iklan raya lalu, dia sangat teruja... memandangkan temanya ialah raya antara suami isteri, jadi saya propose la suami sendiri.

"Alhamdulillah dia terima! Sekurang-kurangnya ada babak-babak perlu bersalam boleh buat betul-betul... ini satu pengalaman cukup menarik untuk saya dan suami," ujarnya.

Untuk rekod, Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, mendirikan rumah tangga dengan Emir pada 3 September 2020.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain