suria

Zahid kenal isteri ketika ‘busking’, rancang kahwin sejak dua tahun lalu - “Dia pandai urus masa dan jaga duit”

Zahid dan Shuhada sah bergelar suami isteri pada Ahad lalu.

KEMBALI hidup berumah tangga selepas empat tahun menduda, penyanyi Zahid Baharudin memberitahu dia melalui pelbagai dugaan.

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharudin, 41, berkata, dia sudah merancang untuk berkahwin dengan Nurul Shuhada Osman, 26, sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun hasratnya itu terpaksa ditangguhkan kerana pemergian arwah bapanya dan juga perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid (AF2) dan isteri berpisah kerana tiada persefahaman

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Zahid (AF2) ‘hilang’ 12 jam ditemui di Gerik, pandu lebih 200 kilometer

SCDFG

Zahid sudah mula merancang untuk berkahwin semula sejak 2019.

"Sebenarnya saya sudah plan daripada tahun 2019, waktu awal perkenalan dulu sudah mula rancang untuk berkahwin. Tetapi tahun 2020 PKP pula dan bapa saya meninggal dunia, jadi ia merupakan tahun yang sangat suram bagi saya.

"Bila masuk 2021 ni barulah ada peluang, banyak juga cabaran untuk berkahwin kerana kita masih lagi PKP dan kena ikut SOP yang telah ditetapkan. Kami memilih untuk bernikah ni Pulau Pinang kerana tarikh nikah di Selangor dan Kuala Lumpur terlalu padat.

"Lagipun isteri saya memang berasal dari sana, nasib baiklah dia ada untuk menguruskan persiapan pernikahan kami sepanjang penglibatan saya dengan Maharaja Lawak Mega 2021," katanya kepada mStar.

Zahid dan Nurul Shuhada sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Terapung, Tanjung Bungah Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Momen indah itu disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat terdekat sahaja.

Benda ni rezeki kan? Kalau ada, ada la... kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan

ZAHID BAHARUDIN

PENYANYI

Bercerita lebih lanjut tentang isterinya, Zahid memberitahu bahawa wanita itu merupakan salah seorang penonton ketika dia sedang ‘busking’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 2019.

Menurut Zahid, mereka mula berkenalan selepas isterinya memuat naik satu perkongsian di Instagram Story.

"Selepas setahun berpisah dengan bekas isteri, barulah saya terbuka hati untuk berkenalan dengan orang.

"Saya kenal Yaya (Shuhada) waktu tengah busking di Bukit Bintang, ketika itu dia datang sebagai penonton. Kemudian dia post story di Instagram, sejak itu kami mula membalas DM.

"Yaya pandai menguruskan masa dan menjaga duit, perkara itu yang membuatkan saya berdetik untuk menjadikannya sebagai isteri. Anak saya pun selesa dengan dia sebab sebelum ini dah selalu berjumpa," ujarnya.

Sementara itu, apabila ditanya tentang perancangan zuriat, Zahid berkata dia menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.

sdfghjkl

Zahid dikurniakan seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan pertamanya dahulu.

"Benda ni rezeki kan? Kalau ada, ada la... kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan.

"Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk saya dan juga isteri," katanya.

Untuk rekod, Zahid pernah berkahwin dengan Sarah Julia Yusof pada tahun 2013 dan berpisah pada 18 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Zareef Nufael yang kini berusia tujuh tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain