SELEPAS lelongan pertama gagal, harta milik usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat akhirnya berpindah milik kepada seorang lelaki bernama Chai Leong Huat pada Rabu. Individu berusia 67 tahun itu berjaya memperoleh kesemua 39 barangan dengan bidaan tertinggi RM42,000 pada lelongan kedua di kediaman ahli perniagaan itu di Kota Damansara. Menurut peguam Zeti Zulkifli, bidaan dibuat hanya sekali sahaja dengan membabitkan tiga pimbida. ARTIKEL BERKAITAN: Peluang kedua! Harta Sajat dilelong semula Rabu ini, pembida dinasihat bawa wang tunai mencukupi ARTIKEL BERKAITAN: Lelongan gagal! Pembida harta Sajat hilangkan diri selepas keluar ambil duit RM132,000 "Nilai kesemua barang RM60,000. Kita bermula lelong dengan RM50,000 dengan setiap kenaikan RM5,000, kemudian pembida tidak setuju dengan harga itu dan diturunkan kepada RM40,000 dengan setiap kenaikan RM2,000. "Sekali bida RM42,000 terus habis di situ dengan kuantiti harga yang sama. Siapa yang ambil memang untung. Chai Leong Huat berjaya membida dengan harga RM42,000. "Pembida sudah bayar semua tiada isu tak bayar," ujarnya kepada mStar. Dalam pada itu, peguam Nurul Hafidzah Hassan pula berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan lain bagi menuntut baki pampasan berjumlah RM160,000 atau meneruskan tindakan kebangkrapan. "Sebenarnya seperti umum ketahui kami mulakan tindakan kebangkrapan sebelum ini, tapi kami hold dulu sebab nak tengok lelongan. Sekali bida RM42,000 terus habis di situ dengan kuantiti harga yang sama. Siapa yang ambil memang untung ZETI ZULKIFLI PEGUAM "Anak guam ada niat untuk meneruskan proses lain sama ada terhadap apa-apa harta lain atau pun terhadap dia walaupun dia berada di luar negara. Kita tengok macam mana," ujarnya. Proses lelongan yang berlangsung selama dua jam itu bermula kira-kira pukul 10.30 pagi Rabu. Pembida perlu menyediakan wang tunai RM20,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara itu. Kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM40,000. Antara barangan yang dilelong. Proses lelongan ini dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat. Pada 14 Disember lalu, proses lelong dibatalkan selepas pembida dikenali sebagai Mohd Syazwan tidak hadir untuk membuat bayaran berjumlah RM132,000 dalam proses lelongan awam berkenaan. Piano dna Chandelier. Bagaimanapun, pemenang bidaan itu yang juga pembantu peribadi kepada seorang usahawan kosmetik menghilangkan diri selepas memenangi bidaan harta mudah alih itu. Antara barangan yang dilelong adalah set pinggan mangkuk, set bilik tidur, piano, almari antik, sofa, jam berdiri, kipas angin, peti sejuk, televisyen, lukisan, pasu bunga pelbagai saiz dan chandelier. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!