suria

Baby Shima jual baju ‘show’ di TikTok, kumpul dana bantu peminat terkesan banjir

Baby Shima ada cara kumpul dana bagi membantu peminat yang terkesan bencana banjir.

MAHU membantu peminat yang terjejas akibat bencana banjir, penyanyi Baby Shima mengambil inisiatif menjual baju terpakai miliknya menerusi aplikasi TikTok.

Menurut Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, idea mengumpulkan dana menggunakan platform media sosial itu timbul selepas dia melihat ada dalam kalangan peminatnya menjadi mangsa bencana alam tersebut.

Memandangkan dia kini berada di kampung halaman di Johor, Shima berkata jualan baju secara atas talian adalah cara paling mudah untuknya mengumpulkan dana secepat mungkin.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen terkejut nampak tatu di dada, Baby Shima sengaja biar netizen nilai sendiri - “Yang penting tak kacau orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam Baby Shima bercium di kelab malam, foto pegang gelas minuman cetus tanda tanya... Minta netizen jangan sibuk

"Saya kumpul dana dengan menjual baju preloved di TikTok... wang daripada hasil baju itu akan didermakan kepada mangsa banjir terutamanya peminat di Shah Alam dan Klang.

"Nak turun ke lokasi bencana masih belum berkesempatan kerana saya kini berada di kampung, jadi saya gunakan live di TikTok sejak dua hari lepas dengan menjual koleksi baju kesayangan.

shima 3

Baby Shima jual baju guna aplikasi TikTok.

"Ada puluhan baju show dijual... malah beberapa helai sweater yang masih baru belum sempat pakai pun saya jual. Terpulang kepada pengikut nak bayar berapa untuk setiap baju, kalau setuju dengan harga itu baru kita jual.

"Alhamdulillah semuanya terjual dan dana terkumpul bernilai ribuan ringgit. Ini antara salah satu cara saya membantu mereka yang terkesan walaupun kini berada jauh di Johor," katanya kepada mStar.

Kita harap wang ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka ketika melalui saat getir ini

BABY SHIMA

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi lagu Lalai ini mengakui gembira dan bersyukur kerana niat murninya itu dipermudahkan.

Lebih membuatkan dia sebak apabila ramai pengikutnya menyokong usaha kecil itu dan turut sama membantu membeli baju-baju tersebut.

shima 2

Pengikut sokong usaha Baby Shima kumpul wang dana untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

"Alhamdulillah syukur sangat sebab ramai yang membeli, banyak baju terjual... saya sangat gembira kerana dapat membantu menggunakan media sosial.

"Walaupun tak dapat turun padang melihat sendiri kesukaran mereka, tapi dengan menggunakan media sosial yang saya ada akhirnya dapat juga membantu dari jauh," ujarnya.

Menyedari ada dalam kalangan ahli kelab peminatnya, Baby Shima Supporters yang terkesan banjir, wang yang dikumpul itu akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan dalam masa terdekat.

"Saya dapat tahu ada ahli kelab peminat yang terkesan di Shah Alam dan Klang, jadi kita harap wang ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka ketika melalui saat getir ini.

"Team saya akan tengok apa yang boleh dibantu, kami fikir mungkin dengan memberi wang tunai lebih sesuai kerana mereka boleh guna ikut keperluan masing-masing.

"Walaupun tak banyak, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu mereka berdepan situasi ini bersama. Saya sentiasa mendoakan supaya semua mangsa terkesan kuat berdepan ujian ini," katanya.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain