suria

Hamil 7 bulan, Intan Ladyana dikejarkan ke hospital selepas positif Covid-19... Suami kuarantin di rumah

Intan yang sedang hamil tujuh bulan dikejarkan ke hospital manakala Harris menjalani kuarantin kendiri di rumah.

HAMIL tujuh bulan, pelakon Intan Ladyana disahkan positif Covid-19 dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh pada malam, Rabu.

Selain Intan, suaminya yang juga aktor dan pengacara Harris Alif juga dijangkiti wabak tersebut selepas mengalami demam sejak Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen nampak ‘baby bump’ Intan Ladyana... Harris Alif mohon doa yang baik-baik - “Sampai masanya saya akan beritahu”

Menurut ibu kepada Harris iaitu Khalizah Abdul Khalid, Intan perlu dikuarantin di hospital kerana doktor dan jururawat perlu memeriksa keadaan menantunya itu setiap masa.

Intan 2

Intan dan Harris alami demam sejak Isnin.

"Intan dan Harris mula demam pada Isnin. Ingatkan demam biasa, tapi keesokkan hari pun masih demam. Jadi, saya minta mereka buat swab test.

"Semalam dapat keputusan disahkan positif Covid-19. Disebabkan Intan sedang hamil, doktor sarankan untuk dia kuarantin di Hospital Sg Buloh.

"Malam tadi, ambulans datang ambil Intan untuk dibawa ke hospital supaya senang jururawat dan doktor nak tengok keadaan Intan dan bayi dalam kandungan.

"Manakala Harris hanya kuarantin di rumah seorang diri," kata Khalizah yang dihubungi mStar pada Khamis.

Doktor pun dah periksa keadaan Intan dan bayi.

KHALIZAH ABDUL KHALID

IBU HARRIS ALIF

Terdahulu, Intan berkongsi rakaman pendek di Instastory miliknya memperlihatkan dia berada dalam ambulans pada Rabu.

Dalam pada itu, Khalizah turut berkongsi keadaan Intan dan Harris yang tidak mengalami simptom yang teruk memandangkan mereka sudah lengkap vaksinasi.

"Alhamdulillah... pagi tadi Intan dan Harris ada hubungi saya memaklumkan keadaan mereka baik-baik sahaja. Doktor pun dah periksa keadaan Intan dan bayi.

"Mereka dalam keadaan baik dan tiada simptom yang teruk. Intan dan Harris pun dah lengkap vaksinasi, harapnya keadaan mereka semakin baik.

Intan 1

Intan dan Harris dalam keadaan baik.

"Setiap masa saya akan periksa keadaan mereka. Macam Harris, dekat rumah seorang diri, saya akan masak dan letak makanan di depan rumah dia," ujarnya.

Sementara, Harris ketika dihubungi mStar menerusi aplikasi Whatsapp memberitahu dia dan isterinya dalam keadaan baik.

"Saya dan isteri disahkan positif Covid-19. Tapi Intan saja kena pergi hospital sebab dia sedang hamil. Tapi Alhamdulillah, semua masih dalam keadan baik," katanya.

Untuk rekod, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain