suria

MK K-Clique serius mahu jadi pelakon, sedang belajar cakap macam orang Semenanjung!

MK mahu bawa watak antagonis dalam lakonannya selepas ini.

NAMPAKNYA rezeki penyanyi MK K-Clique dalam bidang lakonan semakin luas apabila kali ini dia diberi peluang membintangi drama terbaharu berjudul Oh My Hantaran yang bersiaran di TV9.

Mahu serius mengembangkan bakat lakonan, MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, berkata dia juga sedang belajar memperbaiki bahasa pertuturannya supaya lebih mudah difahami penonton.

"Alhamdulillah saya terima banyak tawaran dalam bidang lakonan... sekarang ini saya menghargai apa sahaja peluang yang ada dan pasti buat bersungguh-sungguh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka MK K-Clique malu-malu dengan perempuan, takut tenung mata Mira Filzah

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique cemburu pelajar sekarang dapat ilmu hanya di hujung jari, tak perlu keluar ke pusat tuisyen

"Saya serius berlakon sebab ini adalah peluang, jadi kesungguhan itu kena datang dari saya sendiri... cumanya semua orang tahu dialek Sabah saya agak pekat jadi sekarang saya sedang belajar bercakap macam orang Semenanjung,

"Untuk projek drama dan filem sebelum ini, pengarah memberikan kelonggaran untuk saya bebas berdialek Sabah tapi tidaklah terlalu pekat supaya lebih mudah difahami oleh penonton nanti," katanya kepada mStar.

mk 1

MK mahu perbaiki mutu lakonan.

MK ditemui pada sidang media drama berkenaan yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Penyanyi berasal Tawau, Sabah ini pernah membintangi drama The Hotel dan filem Marabahaya Underground.

Saya pun tak boleh nak kekalkan dialek Sabah sahaja sebab saya mahu mempelbagaikan lagi peranan dan watak lain

MK K-CLIQUE

PENYANYI/ PELAKON

Sementara itu, penyanyi lagu Mimpi ini berkata dia memerlukan sedikit masa untuk memperbaiki cara pertuturan bahasa Melayu itu kerana sudah terbiasa dengan dialek Sabah.

"Nak belajar cara orang semenanjung bercakap ni perlukan masa, sebenarnya tak susah pun cuma kena belajar lagi.

"Saya pun tak boleh nak kekalkan dialek Sabah sahaja sebab saya mahu mempelbagaikan lagi peranan dan watak lain.

MK Mira

Percubaan pertama MK berlakon dalam drama The Hotel undang pelbagai reaksi penonton.

"Jadi saya perlu inisiatif lain untuk belajar bahasa yang difahami semua orang, untuk tawaran akan datang kita tengok watak itu macam mana dan keselesaan pengarah,” ujarnya.

Ditanya mengenai karakter yang diidamkan, MK memberitahu dia ingin mencabar diri dengan membawakan watak antagonis.

Dia bagaimanapun berkata masih belum bersedia kerana mahu belajar lebih mengenai ilmu lakonan terlebih dahulu.

mk 3

MK bergandingan bersama Noki dan Elisya Sandha dalam drama terbaharu Oh My Hantaran.

"Saya masih dalam fasa belajar dan mencari ilmu dalam bidang lakonan, paling saya nantikan untuk bawa watak antagonis.

"Ya ada tawaran tapi saya rasa perlu masuk kelas dan jumpa lebih ramai orang lain. Tak mahu la ambil tanpa ilmu yang cukup sebab bimbang nanti hasilnya kurang memuaskan hati pihak tertentu," katanya.

Bercakap mengenai Oh My Hantaran, drama arahan Shuhaimi Luar terbitan Tanah Beris Film Production itu turut menampilkan Noki K-Clique, Elisya Sandha, Anna Jobling dan Kak Girl.

Drama terbitan Tanah Beris Film Production ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Diandra di TV9 sejak 29 Disember lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain