TUJUH tahun mencuba nasib, penyanyi Aman Aziz memberitahu dia juga pernah berasa putus asa dan terfikir untuk berhenti menyanyi. Bagaimanapun, Aman atau Mohammad Razman Abdul Aziz, 29, berkata, sambutan terhadap lagu Sulit ciptaan Asfan Shah yang dilancarkan tiga tahun lalu menjadi pembakar semangat untuk dia meneruskan perjuangan dalam industri muzik tanah air. ARTIKEL BERKAITAN: Aman Aziz terkilan tak dapat angkat keranda bapa ke liang lahad - “Apabila sampai di kubur, semua urusan dah selesai” ARTIKEL BERKAITAN:Jangan Terpedaya Dengan Aman Aziz Palsu "Pernah rasa give up sebelum keluarnya lagu Sulit, rasa macam sudah tiba masanya saya kembali ke dunia yang nyata. Saya nak bekerja untuk hari tua yang lebih secure. "Tetapi disebabkan lagu itu mendapat sambutan dan sokongan daripada peminat, saya teruskan juga kerjaya sebagai seorang penyanyi. Aman akui pernah berasa mahu meninggalkan bidang nyanyian. "Setiap tahun saya ada set target apa yang saya mahukan, tetapi tak besar mana pun... macam cita-cita budak tadika. Cuma saya berharap orang boleh nampak yang saya boleh menyanyikan pelbagai genre lagu," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Aman kini muncul dengan sebuah lagu baharu yang berjudul Tunggu Lama hasil ciptaannya bersama Amsyar Razqa, Saballa dan Acu Panakorn. Kata Aman, idea penghasilan lagu itu tercetus ketika dia terperangkap di Melaka, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu. "Lagu ni agak rancak sedikit, sesuai untuk menghilangkan rasa sendu waktu PKP dulu. Sebab waktu kita PKP dua tahun dulu bosan, hanya duduk di rumah tak ada buat apa-apa. Saya berharap orang boleh nampak yang saya boleh menyanyikan pelbagai genre lagu. AMAN AZIZ PENYANYI "Jadi lagu ini tercipta sebab saya rasa macam lama betul nak habis PKP. Kita nak kerja semula dan berjumpa dengan orang yang tersayang, tetapi semuanya terbatas disebabkan halangan keluar rumah," katanya. Single Tunggu Lama sudah boleh didengari di YouTube dan semua platform digital dan streaming sejak dua bulan lalu. Biarpun negara masih dilanda pandemik Covid-19, Aman meluahkan rasa syukur kerana industri seni sudah mula kembali aktif. Dia juga berharap dapat menghasilkan lebih banyak karya baharu untuk peminat dan pendengar yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya. Aman mahu hasilkan lebih banyak lagi dalam masa akan datang. "Saya rasa bersyukur kerana industri seni sudah kembali bergerak semula, Alhamdulillah dah boleh bernafas balik. Walaupun pergerakannya perlahan, tetapi nampaklah ada perubahan. "Saya nak ucapkan terima kasih kepada pendengar dan peminat yang telah menyokong saya selama ini. InsyaAllah selepas ini saya akan hasilkan lebih banyak lagu," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!