suria

Aweera puas hati dapat tunjuk ‘taring’ di suku akhir, akui tertekan setiap minggu di GV8

Aweeraa puas hati mendapat kedudukan tiga teratas di suku akhir GV8

SELEPAS lapan minggu berjuang dalam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), akhirnya Aweera berpuas hati apabila berjaya membuktikan kemampuan vokalnya.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham, 31, yang menyanyikan lagu Dia nyanyian asal Qody berpuas hati dan lega dapat menduduki markah tiga tertinggi pada malam suku akhir GV8, Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Komen melampau buat Aweera terkilan, dianggap mati gara-gara lama tak muncul dalam industri - “Semoga individu itu diberi hidayah”

ARTIKEL BERKAITAN: Aweera pernah alami depresi akibat kecaman - “Keluar benda baik tiada pula orang nak ambil tahu”

"Akhirnya... syukur saya berada di kedudukan kelompok atas.

"Ia bukan usaha saya seorang, pastinya pihak pengurusan juga banyak membantu dan doa peminat yang sentiasa mahu melihat saya berjaya.

"Namun tak boleh nak rasa senang. Cabaran seterusnya adalah untuk minggu separuh akhir nanti," ujarnya kepada mStar.

aweera 2

Persembahan lagu Rapuh dari Nastia menonjolkan kemampuan vokal Aweera

Akui tertekan untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu, Aweera juga menganggap GV8 adalah platform untuk dia kembali mencipta nama.

Bukan mudah untuk membuat persediaan dalam masa singkat

AWEERA

PENYANYI

Apa lagi industri hiburan tempatan kini semakin rancak berjalan selepas negara kita melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya akui melakukan kesilapan dalam konsert sebelum ini. Bukan mudah untuk membuat persediaan dalam masa singkat.

"Sebelum ini pun saya dah lama tidak membuat persembahan pentas, jadi ini bagaikan kembali semula menyanyi.

aweera 3

Pengalaman sebagai anak seni membuatkan Aweera sedia hadapi cabaran dan tekanan.

"Tekanan untuk buat persembahan terbaik memang ada, tapi pengalaman sebelum ini banyak ajar saya untuk sentiasa tenang,"jelasnya.

Selain Aweera, GV8 yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal menyaksikan Suki Low, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Noor, Ani Mayuni dan Shidee berentap di pentas separuh akhir pada Ahad depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Aweera, GV8, Gegar Vaganza

Artikel Lain