suria

Nabila Huda teruja pertama kali dapat watak bisu, dah lama idam kerja dengan Osman Ali

Nabila teruja buat pertama kali dapat bekerjasama dengan Osman Ali.

TERKENAL dengan bakat lakonan yang mantap, aktres Nabila Huda sekali lagi mencabar diri dengan membawa karakter seorang wanita kelainan upaya yang bisu.

Membawa watak sebagai Maimon dalam filem seram Telaga Suriram arahan pengarah Osman Ali, Nabila, 37, berkata dia sudah lama menantikan watak seperti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Cuak tengok Nabila Huda buka langkah Muay Thai, bersungguh demi nak kurus - “Terpaksa makan sayur biarpun tak suka”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nabila Huda keluar duit poket beli prompter, netizen pula kasihankan anak - “Risau Keisha tiada job lepas ni”

"Buat pertama kali saya bawa watak bisu tapi bukan bisu sejak lahir. Watak Maimon ini sebenarnya dia mengalami trauma sejak kecil.

Saya dah lama idamkan untuk berlakon dalam karya abang Osman Ali.

NABILA HUDA

PELAKON

"Tak boleh nak kongsi lebih tapi hanya satu peratus saja dialog saya. Selalu dapat watak yang banyak cakap, tapi kali ini abang Osman berjaya membisukan saya.

"Sejujurnya saya memang menantikan watak sebegini dan skrip. Alhamdulillah, bila dapat sinopsis, saya terus setuju nak lakukan," katanya kepada mStar.

Pengacara program Melodi itu ditemui di majlis pelancaran dan sidang media filem seram berjudul Telaga Suriram di The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Selain Nabila, filem seram yang dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin dan Scha Alyahya akan memulakan penggambaran pada 20 Januari depan.

Nabila 1

Barisan pelakon dan pengarah filem Telaga Suriram.

Sementara itu, Nabila mengakui dia sudah lama teringin untuk bekerjasama dengan Osman Ali selain meminati karya pengarah itu seperti filem Anak Halal.

"Sebenarnya saya dah lama idamkan untuk berlakon dalam karya abang Osman Ali. Saya memang peminat setia filem Anak Halal dan karya Osman Ali.

"Tapi takut bila terlalu fikir dan nak sangat, tak dapat pula. Sebab itu saya tak letak harapan tapi ada tanamkan dalam diri nak kerjasama dengan dia.

"Alhamdulillah... tiba-tiba dia panggil saya untuk filem ini. Bila dapat saja skrip dan sinopsis saya syukur kerana memang watak yang diidamkan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain