KEMBALI untuk musim kedua, program realiti The Masked Singer Malaysia (TMSM) menampilkan 14 orang selebriti tanah air berentap mempertaruhkan bakat nyanyian mereka. Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, seperti musim sebelum ini, identiti mereka akan menjadi misteri sepanjang program ditayangkan sehinggalah nama salah seorang daripada mereka diumum tersingkir. ARTIKEL BERKAITAN: Misteri suara merdu terbongkar! Aina Abdul, Tuju K-Clique di sebalik kostum Bunga Raya dan Orang Utan! Kesemua selebriti ini hadir dari pelbagai latar belakang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen termasuk atlet sukan. “Kami cuba mengambil penglibatan selebriti dari semua bidang dalam industri. “Setiap peserta ada strategi sendiri. Tak boleh nak serlahkan vokal sebenar,” jelasnya. Sementara itu, salah seorang juri, Datuk Aznil Nawawi berkata, kali ini akan jadi lebih mencabar untuk mencari siapa pemilik suara di sebalik topeng. Aina dan Tuju peserta TMSM musim pertama. Bagi musim ini, terdapat 14 kostum unik yang akan dipakai oleh barisan peserta, iaitu Bujang Senang, Nanas, Mat Penyu, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Periuk Kera, Aiskrim Roti, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak, Burung Hantu dan Pepatung. Program ini mengekalkan format asal rancangan dari Korea Selatan iaitu The King Of Mask Singer. Ia turut diadaptasi di beberapa negara lain iaitu Thailand, Indonesia, China dan Amerika Syarikat. Selain Aznil, lapan lagi juri lain iaitu Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak. Sementara itu, Datuk AC Mizal bertindak sebagai hos program berkenaan. Untuk rekod, juara TMSM musim pertama dimenangi oleh penyanyi Aina Abdul yang memakai kostum Bunga Raya, manakala Vanessa Ben yang menyarung kostum Rajah Brooke menduduki tempat kedua, manakala Tuju di tempat ketiga. TMSM akan bersiaran setiap Jumaat pukul 9 malam bermula 28 Januari di saluran Astro Warna HD, selain itu ia boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI