SIKAP mudah mesra nampaknya memberi pengalaman buruk buat penyanyi Aliff Iskandar apabila dia diganggu seorang individu misteri. Menurut Aliff, 22, individu tersebut sering mengantar pesanan di Instagram termasuk menghubungi pembantu peribadinya. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Iskandar cari kekasih yang memahami, kerjaya artis buat wanita cepat cemburu ARTIKEL BERKAITAN: Belum setahun jadi artis, Aliff Iskandar terkejut nama tercalon Top 5 ABPBH... macam tak percaya bersaing dengan Meerqeen “Saya pun pelik. Siapa dan dari mana orang itu saya tidak tahu. “Dia sering tegur di Instagram dan hubungi pengurus saya, namun apabila kami jawab panggilan dia tidak bersuara. Terbuka jika ada mahu menegur dan terima kritikan “Kalau betul mahu berkawan boleh saya perkenalkan diri. Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa,” ujarnya kepada mStar. Sebagai seorang penyanyi Aliff faham perkara begini sering terjadi, namun dia bimbang jika individu tersebut ada sebarang niat tidak baik terhadap dirinya. Dia sering tegur di Instagram dan hubungi pengurus saya, namun apabila kami jawab panggilan dia tidak bersuara. ALIFF ISKANDAR PENYANYI “Apabila banyak kali terjadi mulalah timbul rasa bimbang. Apa yang dia mahukan saya pun tak tahu, buat masa sekarang saya biarkan sahaja. “Sebagai artis baharu saya bimbang jika ada orang yang kurang senang dengan saya. Aliff gembira apabila lagu baharu terpilih sebagai OST drama “Jika ada berlaku sedemikian, saya terbuka menerima teguran. Cuma jangan bersembunyi begini,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Aliff baru sahaja melancarkan single baharu berjudul Takdir yang juga menjadi OST drama Saat Ku Takluk Cinta Ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!