PERJUANGAN penyanyi Ani Maiyuni dan Shidee dalam program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) terhenti di peringkat separuh akhir. Datuk Ramli MS yang merupakan juri tetap GV8 memberitahu keputusan itu dinilai daripada persembahan dua peserta itu yang dianggap tidak begitu memuaskan.ARTIKEL BERKAITAN: Sa. Ya gagal ke separuh akhir GV8, lega sudah langsaikan hutang dengan peminat “Penyingkiran Shidee sudah dijangka, manakala persembahan Ani untuk kedua-dua lagi tidak begitu bagus. “Keputusan adalah sebulat suara semua juri. Semua setuju dengan keputusan,” ujar Datuk Ramli. Pada peringkat separuh akhir GV8 yang berlangsung pada hari Ahad, Ani menyanyikan lagu Sumpah dan Lets Get Live menakala Shidee pula menyampaikan lagu Sedetik Lebih dan Kerna Dia. Aweera dapat markah tertinggi. - FOTO GEMPAK Sementara itu, Aweera mengungguli di kedudukan pertama dengan markah 81.30 peratus, diikuti oleh Nikki Palikat (76) di tempat kedua dan Aliff Aziz (72.20) tempat ketiga. Peserta lain yang turut mara ke peringkat akhir minggu hadapan adalah Azan Scan, Adibah Noor dan Suki Low. Aliff Aziz diumumkan sebagai pemenang Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dan Suki Low pula menerima Anugerah Bintang Cuckoo. Selain Datuk Ramli, GV8 separuh akhir GV8 diadili oleh Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty KoesEndang bersama juri jemputan Datuk Rosyam Nor. GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI