DISAHKAN bebas kanser selepas 11 tahun berjuang, penyanyi Elyana memberitahu dia ingin menikmati kehidupan baharunya bersama anak-anak. Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata, dia tidak mahu anak-anaknya membesar hanya mengingati tentang penderitaannya sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Elyana bebas kanser selepas 11 tahun berjuang - “Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh sihat” ARTIKEL BERKAITAN: Perit dengar cerita Elyana buat rawatan radioterapi hati dan pinggul - “Sakit... tapi saya kena kuat” "Sudah 22 tahun saya terlibat dalam industri ini dan sudah puas bekerja. "Inilah masanya saya cipta memori bersama anak-anak. Saya tak mahu bila besar nanti mereka hanya ingat tentang kisah ibunya sakit. Anak-anak semangat untuk Elyana terus berjuang. "Tiada apa yang saya kejar lagi. Saya mahu gembira, kesihatan yang baik dan ketenangan," ujarnya kepada mStar. Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar Husin berkahwin pada 2010. Saya mahu gembira, kesihatan yang baik dan ketenangan ELYANA PENYANYI Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12 dan memiliki seorang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun. Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu mengumumkan dia menghidap kanser selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017. Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu dia menghidap penyakit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor penyanyi itu hanya mampu hidup setahun sahaja. Namun, pada 8 Disember lalu, Elyana berkongsi berita gembira apabila disahkan bebas daripada penyakit tersebut. Bercerita lanjut tentang perkara itu, Elyana berkata berita gembira berkenaan dianggap sebagai satu rahmat buat dirinya. Elyana teruskan rawatan kemoterapi bagi mencegah kanser kembali. Tambahnya, dia juga pernah berasa putus asa dan reda jika tidak diberikan kesembuhan. "Selama ini orang selalu bercakap, sabarlah kerana setiap ujian pasti ada pelangi di hadapan. "Perkara ini terjadi kepada saya. Ini adalah pelangi yang saya nantikan. "Pernah sebelum ini saya tidak lagi berharap akan sembuh, hanya mahu kuat untuk terus hidup," ujarnya. Selain itu, Elyana berkata, dia masih meneruskan rawatan kemoterapi bagi memastikan sel kanser tidak kembali. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!