suria

[VIDEO] Anak tak sangka Pian Cecupak buka pusat tahfiz, selalu pesan suruh uruskan jika dia tiada

PESANAN Allahyarham Pian Cecupak yang sering mengingatkan agar menjaga dan menguruskan pusat tahfiz miliknya rupa-rupanya bukan satu gurauan.

Anaknya, Nuraina Fazrin, 25, berkata, dia mengetahui kewujudan pusat tahfiz itu selepas menghubungi nombor telefon yang ditinggal kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Pian Cecupak selamat dikebumikan

ARTIKEL BERKAITAN: Pian Cecupak meninggal dunia akibat serangan jantung, ditemukan terbaring dalam bilik air

Kata Nuraina, dia akan menguruskan permintaan arwah itu selepas urusan pengebumian ini selesai.

"Abah mesej beritahu fasal pusat tahfiz dia. Dia suruh jaga apabila dia tiada, selalu cakap benda tu dengan saya.

aina 4

Aina beri penghormatan terakhir untuk arwah bapanya.

"Saya macam tak fikir apa-apa pun, dia cakap jangan anggap dia gila... rupanya benda tu betul-betul dia buat.

"Saya baru dapat contact number pusat tahfiz tersebut, saya tak tahu yang abah sebelum ni ada pusat tahfiz cuma dia pernah beritahu suruh uruskan pusat tahfiz tu.

"Tapi saya tak tahu lagi lokasinya di mana, lepas dah uruskan jenazah abah baru saya akan uruskan hal pusat tahfiz tu," katanya kepada mStar.

Ada abah mesej Aina pasal pusat tahfiz dia, dia suruh aina jaga, dia selalu cakap benda tu dengan saya.

NURAINA FAZRIN

ANAK SULUNG ARWAH

Dalam pada itu, Aina turut berasa terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan bapanya untuk memberitahu tentang kehamilan anak keduanya.

Tambah Aina, dia merancang untuk keluar makan bersama keluarga dan bapanya pada Sabtu ini namun hasratnya itu tidak kesampaian.

"Pada 30 Januari ni sepatutnya dah plan nak ajak abah pergi keluar makan, tapi abah kata dia tak ada kerana ada hal.

aina3

Allahyarham Pian disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

"Tak sangka pula dia betul-betul dah tiada sekarang.

"Saya pun tak sempat nak beritahu abah yang saya mengandung anak kedua, tak sempat nak beritahu apa-apa," ujarnya.

Allahyarham Pian atau Mohd Rafik Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Arwah yang meninggal dunia pada usia 52 tahun dipercayai akibat serangan jantung selamat disemadikan kira-kira pukul 11.10 pagi.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibunya di Taman Dato Senu, Sentul kira-kira pukul 8 malam, Rabu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain