suria

Zizan Razak pelik ada pihak nasihat jangan kahwin dengan artis... Hina sangat ke?

Zizan pernah menyasarkan untuk berkahwin pada usianya 25 tahun.

PERNAH meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 25 tahun, pelakon dan pengacara Zizan Razak menganggap belum diberi rezeki untuk berumah tangga.

Zizan atau nama sebenarnya Muhd Razizan Abdul Razak, 37, bagaimanapun reda dan bersyukur dikurniakan rezeki lain dari segi kerjaya dan perniagaan terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cecah usia 37 tahun, Zizan Razak doa cepat dapat jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak pernah fikir diri bermasalah, punca hubungan cinta tak menjadi - “Tunggu mak paksa baru saya cari pasangan”

Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun ini reda dengan takdir Allah yang memberi rezeki lain dari segi kerjaya dan perniagaannya terlebih dahulu.

"Saya tak pernah kongsikan sebelum ini... ikutkan sasaran saya nak kahwin masa umur 25 tahun. Saya cuba dan pernah nak kahwin, tapi tak menjadi.

"Bagi saya, itu kerja Allah. Kalau Allah tidak izinkan, saya terima saja. Takkan saya nak salahkan takdir.

Zizan 2

Zizan bakal bergandingan dengan MK dan Daiyan menerusi telefilem Rompak.

"Saya fikir kalau Allah tak beri rezeki jodoh, Allah beri rezeki lain. Tak ada sebab untuk saya rasa tidak bersyukur," katanya kepada mStar.

Zizan ditemui ketika majlis pelancaran telefilem Rompak di The Finch @ KL, The Westin Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Saya betul-betul serahkan soal jodoh kepada ibu.

ZIZAN RAZAK

PELAKON

Selain Zizan, telefilem yang bakal menjalani penggambaran pada Februari itu turut dibintangi oleh Daiyan Trisha, MK K-Clique dan Chubb E.

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, pelakon filem Abang Long Fadil ini mengakui dia menyerahkan soal jodoh kepada ibunya, Anai Ibrahim.

Bagaimanapun, Zizan meluahkan rasa kesal dengan segelintir peminat yang menasihatinya agar tidak memilih wanita dalam kalangan selebriti.

Zizan 1

Zizan serah soal jodoh kepada ibunya.

"Saya betul-betul serahkan soal jodoh kepada ibu. Kalau ibu kata wanita itu okay dan saya tengok dan rasa okay, kita kahwin.

"Saya tak kisah apa kerjaya wanita itu. Saya tahu, ada yang kata jangan cari artis... kenapa artis hina ke? Sampai saya tak boleh kahwin dengan artis.

"Artis pun manusia juga... seteruk mana pun orang itu, kita tak tahu pengakhirannya macam mana. Jangan tegur orang seperti kita tak buat dosa," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain