suria

[VIDEO] Anak-anak dah besar, Aliff Syukri malu jika ada kontroversi… Takut dilabel orang tua tak sedar diri

MENYEDARI anak-anak semakin meningkat remaja, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berazam untuk mengurangkan kontroversi membabitkan dirinya.

Menurut Aliff, 36, dia enggan isu panas yang tular membuatkannya menjadi malu dengan anak-anak, sekaligus menjejaskan reputasi sebagai seorang bapa.

"Anak pertama saya pun dah masuk tingkatan tiga, bila dia tanya... abah kenapa video viral macam ni, kita pun jadi malulah. Jadi saya fikir tak apa la walaupun kurang kontroversi maruah tu lagi penting.

ARTIKEL BERKAITAN: Bebas Covid-19, Aliff Syukri rancang keluar lagu selepas ramai kata rindu... Nekad menyanyi walau isteri tak suka

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri terkejut dakwaan hantar staf sendiri bida aset Sajat

"Kita nampak anak kita dah membesar remaja... jadi anak bujang dan anak dara. Kita tengok betapa struggle membesarkan mereka, kita pun dah tak boleh nak marah-marah sebab takut mereka memberontak, jadi dari situ kita sedar.

"Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan. Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat," katanya kepada mStar.

aliff 3

Aliff Syukri mahu berubah kerana anak-anak sudah besar.

Aliff ditemui semasa majlis Malam Aspirasi D’Herb yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada malam Sabtu.

Mengimbau kembali beberapa isu panas membabitkan dirinya sebelum ini, Aliff berkata dia tidak sanggup lagi terkait dengan sebarang kontroversi kerana memikirkan usianya yang semakin meningkat.

Justeru itu, penyanyi lagu Coba ini nekad berubah dan memberi tumpuan kepada perniagaan.

Kalau nak cari kontroversi mudah sahaja, asal ada orang buat isu saya boleh saja menyelit sebab follower saya dah tinggi!

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN

"Sebenarnya kontroversi ini seronok tapi biarlah dia datang secara semulajadi bukan buat-buat sebab nak glamour. Kalau ikutkan saya pun nak popular hingga umur 60 tahun tapi bukan dengan cara yang murah.

"Kita kena sedar diri, kita akan tua... tak lama lagi dah nak masuk 40 tahun, rambut pun dah beruban. Jadi saya fikir sekarang ini masa untuk saya jadi ahli perniagaan sebenar bukan nak gelenya-gelenya (gedik). Saya tak nak dah! Nanti orang kata orang tua tak sedar diri.

"Dalam tahap sekarang ni, saya nak maintain saja, Alhamdulillah semua dah cukup. Nak kata kaya tujuh keturunan saya tak berani sebab kita bukan tuhan, kita tak tahu mungkin satu hari nanti saya akan susah juga tetapi buat masa ini cukuplah boleh hantar anak ke sekolah, bayar gaji pekerja dan tidak dihimpit kontroversi murahan," ujarnya.

aliff 2

Aliff mohon rumah tangganya berkekalan.

Dalam pada itu, Aliff memaklumkan dia kini mula memperlahankan rentak di media sosial dan enggan lagi melakukan gimik murahan untuk menarik perhatian netizen.

"Saya mengaku awalnya saya kejar glamour sebab saya bukan artis, tapi rupa-rupanya glamour tanpa duit pun tak ada erti. Kalau perasan enam bulan kebelakangan ini, saya lebih selesa mendiamkan diri daripada kontroversi.

"Sejujurnya saya dah tak suka dengan kamera! Kalau nak cari kontroversi mudah sahaja, asal ada orang buat isu saya boleh saja menyelit sebab follower saya dah tinggi... bukan nak riyak tapi itulah hakikatnya.

"Jadi sekarang saya mahu lebih matang, tengok orang lain buat gimik itu dan ini, saya rasa tak apa la sebab kita dah rasa dulu. Tak perlu lagi la. Saya cuma nak cari ketenangan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain