suria

Yana Samsudin muntah-muntah selepas FB Live, suami syak hamil anak ketiga

Yana mengalami demam selepas muntah tanpa henti.

MENGALAMI sakit kepala dan muntah-muntah selepas membuat siaran langsung di Facebook, pelakon Yana Samsudin dibawa ke sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 1 pagi, Ahad bagi mendapatkan rawatan.

Suaminya, Fadzil atau nama sebenarnya Fadzil Bahri Zahari berkata, doktor tidak memberitahu punca sebenar, namun pelakon itu diberikan suntikan bagi menghentikan muntah.

ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin terhibur tengok suami sibuk uruskan dua anak - “Dulu tak cukup tidur, sekarang tak cukup tangan”

“Dia mula sakit kepala sejak petang semalam... tapi ingatkan biasa saja sebab kadang-kadang ada juga sakit kepala. Tapi bila dah malam, tengah buat FB live, dia mula muntah-muntah. Saya ingat biasa saja, buat lawak ucap tahniah dah pregnant.

Yana 1

Yana alami muntah sejak malam Sabtu.

“Tapi lama-kelamaan, tengok muka dia lemah dan penat, habis live dia terus terlelap. Pukul 1 pagi, saya bawa dia pergi hospital. Doktor pun tak dapat kesan dia sakit apa. Hanya bagi suntikan untuk hilangkan rasa nak muntah.

“Kemungkinan perut masuk angin... nak kata keracunan makanan, tak juga sebab ada dua orang makan makanan yang sama tapi tak ada apa pun,” kata Fadzil ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, Yana menerusi laman Instagram miliknya memuat naik foto dia sedang menjalani pemeriksaan tekanan darah akibat mengalami muntah-muntah.

Kami belum lagi buat pemeriksaan dia hamil atau tidak.

FADZIL ZAHARI

PELAKON

Menurut Yana, dia mula berasa kurang sihat sejak petang, Sabtu.

Dalam pada itu, Fadzil memberitahu dia tidak dapat mengetahui sama ada isterinya sedang hamil berikutan belum membuat sebarang pemeriksaan berkaitan itu.

“Buat masa sekarang Yana masih berehat di rumah. Nak kata dia pregnant tu, saya pun tak tahu. Masa live tu, saya saja berseloroh ucap tahniah dia pregnant.

Yana 2

Fadzil harap semua doakan kesihatan isterinya.

“Kami belum lagi buat pemeriksaan dia hamil atau tidak. Apa-apa pun, doakan la... mana tahu ada rezeki kami untuk dikurniakan anak lagi,” ujarnya.

Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan, mereka turut dikurniakan dua cahaya mata, Aisy Mateen, 5, serta Aura Aisy Sofea yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan