PENGAMBILAN ubat antikemurungan yang disarankan oleh doktor membuatkan pelakon Janna Nick kurang beremosi ketika melakonkan sesuatu watak. Ingin memberi keutamaan kepada kesihatan mental yang dihidapi, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner membuat keputusan perlahankan kerjaya seninya tahun ini. ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick kena ‘boo’, bengang diejek sakit mental... kecil hati komen melampau - “Jadi netizen semua benda boleh cakap!” ARTIKEL BERKAITAN: Asyik ‘berkepit’ dengan Janna Nick sepanjang masa, Dini Schatzmann disangka tiada kerja! Bagaimanapun, pelakon dan pengacara berusia 27 tahun ini tetap akan aktif bekerja di belakang tabir. Janna aktif bekerja di belakang tabir. "Saya pernah berkongsi mengenai ubat anti kemurungan yang buatkan saya kurang beremosi. Tapi saya berhenti ambil seketika sebab nak menjiwai watak untuk sesebuah naskah. "Tugas sebagai pelakon memerlukan saya untuk mendalami watak yang diberikan sepenuh perasaan. Jadi, kalau saya ambil ubat itu, saya tak dapat berlakon dengan baik. "Sebab itu juga, saya kini memilih untuk perlahankan kerjaya seni tapi bergerak aktif di belakang tabir," kata Janna kepada mStar. Hanya mereka yang mengalaminya saja tahu sama ada penyakit ini berbahaya atau tidak. JANNA NICK PELAKON Janna kini lebih aktif menjadi pengarah selain mempunyai syarikat pengurusan artis di bawah jenamanya sendiri. Pada April tahun lalu, pelakon drama Misteri Mona ini mendedahkan dia perlu berehat daripada media sosial berikutan masalah bipolar yang dihadapinya. Gangguan mental yang dialami juga hampir meragut nyawa apabila pernah dua kali membuat percubaan membunuh diri pada usia 14 dan 15 tahun. Dalam pada itu, Janna menyedari masih terdapat segelintir pihak yang menjadikan penyakit mental sebagai bahan jenaka. Janna memilih mengutamakan kesihatan mentalnya. "Saya tahu ada pihak yang menganggap perkara ini sebagai bahan jenaka atau sekadar ‘content’, namun penyakit mental ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. "Hanya mereka yang mengalaminya saja tahu sama ada penyakit ini berbahaya atau tidak. Jadi, saya menyerahkan kepada mereka di luar sana untuk membuat penilaian tersendiri. "Tahun ini saya memilih untuk mengutamakan kesihatan mental daripada melayan komen nakal netizen," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!