suria

Hunny Madu dedah wajah dan nama anak ketiga selepas usia 7 hari, suami takut-takut nak mandikan bayi

Hunny berkongsi wajah anak selepas tujuh hari menyambut kelahiran

SELEPAS menerima berita gembira pengacara Neelofa menimang cahaya mata, penyanyi dan bekas penyampai radio, Hunny Madu juga memaklumkan dia selamat melahirkan anak ketiga pada 22 Januari lalu.

Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 38, berkata, dia melahirkan cahaya mata perempuan itu secara pembedahan di sebuah pusat perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu foto bercumbu terjawab... Hunny Madu sahkan sudah berkahwin dengan jejaka Itali

ARTIKEL BERKAITAN: Hunny Madu sudah bercerai - “Saya tak mahu umur 60 tahun hidup dalam perkahwinan tak bahagia”

"Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak secara pembedahan selepas doktor maklumkan tidak boleh secara normal.

"Saya dah rasa pengalaman ini ketika melahirkan anak pertama, jadi tidak ada sebarang masalah," ujarnya kepada mStar.

hunny madu 3

Hunny dan suami teruja sambut kelahiran Mia

Untuk rekod, ini merupakan anak pertama hasil perkahwinan keduanya dengan Fedrighi Francesco.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2020.

Hunny pernah berkahwin dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010 namun bercerai pada Oktober 2018.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Eva Medina, 10, dan Adam Musa, 5.

Suami saya banyak bertanya soalan dan pada awalnya dia sendiri takut untuk mandikan bayi

HUNNY MADU

PENYANYI/PENGACARA

Sementara itu, Hunny berkata, suaminya agak kekok dalam urusan menjaga bayi berikutan ini anak pertamanya.

Katanya, suaminya banyak bertanya dan takut untuk memandikan bayi tersebut.

"Suami saya banyak bertanya soalan dan pada awalnya dia sendiri takut untuk mandikan bayi.

hunny madu 2

Bersama dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu

"Mujurlah saya ada pengalaman sebelum ini. Kalau dua-dua tiada pengalaman memang susah jadinya.

"Dalam tempoh seminggu ini memang kami ambil masa untuk faham keperluan bayi dan apa yang sepatutnya dilakukan,"katanya.

Sementara itu, kelahiran bayi yang diberi nama Mia Celine itu turut disambut gembira oleh dua anaknya yang lain.

"Anak pertama saya sudah berusia sepuluh tahun, dia sangat gembira menerima kehadiran adik baharu,"katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Hunny Madu, Mia Celine,

Artikel Lain