PENGACARA dan usahawan Neelofa selamat melahirkan anak sulung di sebuah pusat perbubatan kira-kita pukul 3.44 petang Sabtu. Suaminya, Haris Ismail atau PU Riz memaklumkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan bayi mereka kini berada dalam keadaan baik. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Neelofa menghitung hari tunggu kelahiran anak sulung... Akui gementar, doa bersalin secara normal ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tiada ‘plan’ umum kehamilan, Neelofa biar peminat nilai sendiri - “Kalau nampak saya berbeza tu... berbezalah” Dalam pada itu, Haris turut memberitahu mereka memilih nama Muhammad Bilal untuk bayi berkenaan. “Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang. Neelofa dan Haris berkongsi kegembiraan sambut cahaya mata pertama “Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” ujarnya kepada mStar. Dalam pada itu, Haris turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap dia dan isteri sejak mereka berkahwin. “Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. “Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2020 “Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” ujarnya. Neelofa atau nama sebenarnyanya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, pada Mac 2020. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!