suria

Dayah Zubit bekas pengasuh Aafiyah jatuh motor ketika sarat mengandung, alami luka dan darah beku di kepala

Dayah Zubit jatuh motor ketika sarat hamil.

SEDANG sarat hamil dan menunggu hari untuk melahirkan, bekas pengasuh anak Datuk Seri Siti Nurhaliza dikejarkan ke hospital selepas terjatuh daripada motosikal.

Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah, 26, memaklumkan dia mengalami kecederaan di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki, namun bersyukur kandungannya selamat.

"Alhamdulillah syukur ya Allah syukur baby okay dan selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu gementar kena interview dengan Tok Ti, kini Dayah Zubit dah ada bisnes sendiri... teruskan tugas jaga Aafiyah, Afwa walau sudah berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Dayah Zubit pengasuh Siti Aafiyah berhenti kerja, Siti Nurhaliza upah guru jadi penjaga - “Lega ada seorang cikgu boleh mengajar, buat aktiviti”

"Yang tak okey mummy dia sebab ada blood clot (darah beku) kerana cedera di kepala akibat jatuh daripada motosikal.

"So Mummy dia yang rasa ya amat tu dan ada luka kat siku, tangan, lutut dan kaki," tulisnya di Instagram.

dayah1

Perkongsian Dayah di Instastory miliknya.

Pada 21 Januari lalu, Dayah mengadakan majlis kesyukuran dan resepsi perkahwinannya yang tertangguh akibat dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nur Hidayah berkahwin dengan pemain bola sepak Terengganu FC II, Mohamad Ridzuan Razali pada 31 Mei 2021.

Sementara itu, Dayah mengakui dirinya terlalu aktif dan perlu banyak berehat sementara menunggu hari melahirkan bayi sulungnya itu.

Yang tak okey mummy dia sebab ada blood clot (darah beku) kerana cedera di kepala akibat jatuh daripada motosikal

DAYAH ZUBIT

BEKAS PENGASUH AAFIYAH

Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan mendoakan kesihatan diri dan kandungannya.

"Mak buyung aktif sangat gamaknya, Allah nak suruh betul-betul rehat, counting days nak deliver dan banyak dekatkan diri lagi denganNya.

"Semua yang berlaku sebab Allah sayang. Saya masih bersyukur sebab sudah semakin baik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Dayah zubit, jatuh motor, tunggu hari

Artikel Lain