SELALU viral dan mendapat perhatian dengan menyanyikan lagu-lagu saduran di media sosial, kini tiga jejaka iaitu Razmansyah, Afiq Adnan dan Nidza Afham digabungkan menjadi trio. Mempunyai nada suara yang berbeza, komposer terkenal Sharon Paul yakin dengan keunikan vokal masing-masing yang dianggap mempunyai harmoni. “Saya terpanggil untuk mempertemukan ketiga-tiga mereka kerana saya rasa ada harmoni yang sesuai jika kena dengan lagunya. ARTIKEL BERKAITAN: Dayah Zubit bekas pengasuh Aafiyah jatuh motor ketika sarat mengandung, alami luka dan darah beku di kepala “Setiap daripada mereka mempunyai suara yang berbeza, namun apabila digabungkan ketiga-tiganya, ada magis yang dihasilkan," kata Sharon. Sengaja untuk tidak mempunyai nama kumpulan kerana mereka ingin dikenali dengan identiti masing-masing. Razmansyah dikenali menerusi program Suara Viral. “Kami sengaja memilih untuk tidak mempunyai nama kumpulan kerana ingin dikenali secara individu melalui identiti masing-masing. "Setiap daripada kami pernah menyanyikan lagu-lagu ‘cover’ di media sosial dengan sambutan yang agak luar biasa," ujarnya. Hasil gabungan tiga suara itu mereka mempertaruhkan single pertama menerusi lagu 'OY' yang memaparkan jalan cerita yang menarik dengan konsep moden kontemporari. Kami sengaja memilih untuk tidak mempunyai nama kumpulan kerana ingin dikenali secara individu melalui identiti masing-masing. RAZMANSYAH, AFIQ, NIDZA PENYANYI "OY adalah singkatan kepada ‘Only You’ di mana ia menceritakan tentang seorang lelaki yang sedang berusaha keras mengumpul duit bagi mengahwini teman wanitanya," ujarnya. Dalam pada itu, mereka mengakui sebagai pendatang baharu sudah tentu sukar untuk mendapat tempat di hati peminat. Namun itu tidak mematahkan semangat tiga penyanyi ini untuk terus memberi sumbangan kepada industri hiburan. Tampil mempertaruhkan single pertama berjudul OY. “Semoga trio ini mendapat sambutan yang baik melalui single OY dari penggemar muzik Malaysia dengan lebih banyak kolaborasi pada masa akan datang. “Sebagai pendatang baru, kami berharap agar single OY mendapat sambutan yang baik dan semoga permulaan 2022 ini menjadi titik mula kami menempa nama di industri muzik Malaysia," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!