suria

Sajat nak jual banglo, buka harga RM9.5 juta tapi boleh runding

Sajat jual rumah mewah di Damansara

CERITA perpindahan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman ke Australia terus menarik perhatian ramai apabila usahawan kontroversi itu kini berhasrat menjual banglo mewah miliknya di Kota Damansara pada harga RM9.5 juta.

Menurut wakil kepada Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat iaitu Nadhia, penetapan harga berkenaan adalah mengikut nilai hartanah semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Aset milik Sajat dilelong esok, orang ramai boleh datang beli di Kota Damansara

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat tak gelabah harta kena lelong, sedang bahagia di Australia - “Pergilah ambil, tak hairan langsung!”

"Sejak ia diiklankan dalam tempoh dua hari, ada lima orang yang hubungi untuk lihat keadaan rumah.

"Sajat terbuka untuk jual kepada sesiapa sahaja yang berminat dan berkemampuan.

sajat 3

Sajat merasakan tidak perlu aset rumah besar yang dimilikinya sebelum ini

"Harga tersebut termasuk landskap dan ia masih boleh dirunding," ujarnya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Dalam pada itu menurut Nadhia, dia menerima arahan daripada Sajat untuk menjual rumah berkenaan kerana usahawan yang dalam buruan polis itu nekad untuk tidak kembali ke Malaysia.

Sajat terbuka untuk jual kepada sesiapa sahaja yang berminat dan berkemampuan

NADHIA

"Sajat sudah buat keputusan untuk jual rumah tersebut memandangkan sekarang ini dia sudah tidak menetap di Malaysia.

"Jadi dia tidak perlukan rumah tersebut dan hanya menyimpan beberapa aset lain sahaja," katanya.

sajat rumah

Rumah mewah Sajat yang kini dijual

Untuk rekod, banglo tersebut dibeli oleh Sajat daripada rakan baiknya yang juga usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dengan nilai RM7.5 juta pada tahun 2017.

Sebelum ini banglo berkenaan menjadi perhatian ramai apabila 39 barangan termasuk perabot dan peralatan rumah dilelong bagi mendapatkan bayaran pampasan bagi satu kes mahkamah yang dihadapi Sajat.

Menerusi proses lelongan awam yang diadakan pada 22 Disember tahun lalu, seorang individu berusia 67 tahun berjaya memperoleh kesemua 39 barangan dengan bidaan tertinggi RM42,000.

Sajat yang kini menetap di Australia dikatakan mempunyai kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 Februari tahun lalu, mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita empat tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain