suria

Avaa Vanja bercerai talak satu, harap bekas suami tak bermasam muka demi anak

Perkahwinan Avaa dan suami berakhir selepas 11 tahun

LEBIH sebulan turun naik mahkamah, pelakon Avaa Vanja memaklumkan dia sudah diceraikan dengan talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.40 pagi, Isnin.

Biarpun sedih perkahwinan selama sepuluh tahun musnah, Avaa, 42, bagaimanapun turut meluahkan rasa lega kerana segalanya berakhir dengan cara baik dan damai.

ARTIKEL BERKAITAN: Avaa Vanja minta cerai, usaha tolak ansur dengan suami tiada kata sepakat

ARTIKEL BERKAITAN: Avaa Vanja berjaya halang suami bawa anak ke luar negara, dapat hak jagaan interim... Bimbang akidah terabai

"Hari ini selesai proses jatuh talak di mahkamah.

"Ini adalah persetujuan bersama dengan bekas suami dan ia berlaku seperti yang sepatutnya.

"Saya melaluinya dengan tenang dan terima ketentuan ini dengan reda. Kita tidak boleh melawan takdir Tuhan," jelas Avaa.

avaa 3

Avaa berharap hubungan dengan bekas suami akan baik demi anak mereka

Sementara itu Avaa berkata, hak penjagaan anak masih belum ditetapkan dan menunggu tarikh baharu untuk perbicaraan mahkamah.

Bercakap tentang hubungan dengan bekas suami, Avaa hanya mengharapkan mereka berdua tidak bermasam-muka demi kebaikan dan masa depan anak.

Ini adalah persetujuan bersama dengan bekas suami dan ia berlaku seperti yang sepatutnya

AVAA VANJA

PELAKON

"Setakat ini kami hanya berhubung melalui peguam masing-masing sahaja untuk selesaikan kes ini.

"Bagaimanapun saya harap hubungan dengan bekas suami akan baik sahaja demi anak kami," katanya.

Avaa mendirikan rumah tangga Amil Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan seorang anak yang kini berusia sepuluh tahun.

Sementara itu, Avaa reda dengan perpisahan yang berlaku dan sudah cuba menjadi isteri yang baik untuk rumah tangga yang dibina itu.

avaa 1

Bersama pasukan peguam yang mewakili Avaa

"Tidak boleh terlalu sedih dan kecewa. Selama ini saya cuba jadi isteri yang terbaik, namun jodoh kami tidak panjang.

"Semestinya saya akan lebih fokus kepada kerjaya seni setelah sekian lama menyepi. Saya mula aktif dengan kerja di belakang tabir dan menjadi pembantu pengarah," kata Avaa.

Pada 2 Disember lalu, pelakon filem Kampong Pisang Bersiri-Siri ini mendedahkan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun sedang bergolak.

Dia membuat keputusan perceraian terhadap suaminya selepas tidak mencapai kata sepakat dan berpisah adalah jalan terakhir mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain