suria

Tegar sertai Big Stage 2022 demi ubah hidup keluarga, terpaksa tinggal isteri dan anak usia 2 tahun di Indonesia

Tegar terpaksa berjauhan dengan keluarga demi masa depan.

BERKAHWIN dan memiliki anak pada usia muda menjadikan penyanyi Tegar Septian seorang yang lebih matang dan sentiasa berfikir tentang masa depan.

Tegar, 22, juga mengakui ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan kehidupan berumah tangga adalah cabaran untuk dia sentiasa belajar erti kesabaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan berkahwin, penyanyi 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang' Tegar umum isteri hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Tegar Septian wakil Indonesia antara 11 peserta Big Stage 2022

“Sekarang masa untuk bersama kawan-kawan tidak seperti dahulu lagi. Perlu lebih fokus kepada keluarga dan anak.

“Menjadi bapa pada usia muda membuatkan saya lebih dewasa. Saya harus fikir tanggungjawab dan bekerja untuk masa depan keluarga,” ujar Tegar kepada mStar.

Tegar terpaksa berjauhan dengan keluarga demi masa depan.

Bergelar bapa pada usia muda membuatkan Tegar lebih matang.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka pada Mac 2020 dan mereka kini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang diberi nama Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Demi masa depan dan kesenangan keluarganya, Tegar terpaksa berpisah dengan mereka bagi menyertai program Big Stage 2022 (BSSS) diadakan di Malaysia.

Sekarang masa untuk bersama kawan-kawan tidak seperti dahulu lagi. Perlu lebih fokus kepada keluarga dan anak

TEGAR SEPTIAN

PENYANYI



“Mereka semua menyokong kerjaya saya dan penyertaan saya ini juga adalah demi masa depan kerjaya yang untuk kesenangan mereka.

“Ada perancangan untuk membawa isteri dan anak datang ke Kuala Lumpur. Semoga segala urusan dipermudahkan dan kami dapat bersama nanti,” jelasnya.

Penyertaan Tegar dalam BS22 juga bagai pengenalan semula kepada peminat yang di sini.

Penyanyi berasal dari Subang, Indonesia ini mencipta nama menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang dan berharap masih ada peluang untuk kembali dikenali dalam industri muzik Malaysia.

tegar5

Tegar mahu bawa isteri dan anak datang ke Malaysia.

“Jika ada rezeki saya di sini, pasti mahu berada di Malaysia. Semoga penyertaan saya ini akan sampai ke peringkat akhir.

“Dalam hidup dan kerjaya ini saya hanya follow the flow sahaja. Apa yang penting tetap terus berkarya,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain